Sunday 29 January 2012

Sari Halia

Assalamualaikum,
Pagi ni nak kongsi sikit tentang makan kesihatan, baru -baru ni saya mengalami masalah berkumuh,  atas nasihat seorang senior saya pun cumabalah minuman kesihartan Sari Halia, alhamdulillah masalah itu semakin berkurang. Untuk pengetahuan semua hanya di Tanjong Malim sahaja boleh dapat Sari Halia cap uncang mak su ni... Dengan harga RM15.00 sahaja tidak termasuk pos.. tapi kalau sekitar tanjong malim kira free pos.


Ada dua jenis kasar - boleh buat snek dan halus buat air- berat bersih 170g, Sari Halia ni adalah campuran 6 jenis herba sebab tu cepat berkesan.
sorry terbalik-senget kan kepala anda

kasar dan halus


Garlic Bread- roti Garlic

Baru tadi En. Shamsol Menyiapkan Roti Garlic kegemaran keluarga
Roti Garlic

1 kgTepung Roti
180g gula halus
12g garam
100g whipping cream
150g telur
300g air sejuk
10g soft pro (bread softner)
15g yis
120g Butter
Cara
Masukkan semua bahan – putar sehingga menjadi doh yang tidak koyak apabila ditarik.

Garlic Filling
40g Garlic –tumbuk halus
120g butter
Sedikit daun parsley
Satukan semua bahan gaul sebati.

Selamat Mencuba

Saturday 28 January 2012

Ke Tanjong Malim

Memang mudah nak ke Tanjong Malim, ia terletak kira fra100 km dari bandaraya Kuala Lumpur yang dihubungi dengan jaringan jalanraya dan Lebuh Raya Utara Selatan.  Selain daripada itu landasan keretapi juga ada. Antara keretapi yang bukan percuma yang boleh kita naik adalah keretapi laju, KTM dan komuter.  Jika naik Komuter kena ambik atau tukar kat Rawang.
Inilah rupa stesyen keretapi di Tanjong Malim.

Friday 27 January 2012

Kelas Masakan 2013

Hai semua pembaca, 2013 menjenguk sudah..anda mungkin ada cita-cita atau hobi yang anda pendam. Mungkin beralasankan malas, tak ada masa... itu tak dapat siapa tolong.  Jika anda minat memasak dan ingin belajar... ha yang tu saya boleh tolong...Saya tahu ada antara anda yang suka masak dan mencari mana tempatnya... saya tinggal di tanjong malim perak. Mengapa saya boleh ajar anda memasak?
1. Saya sangat hampir dengan anda, yerlah kat tanjong malim jer.. tapi jika anda berada di luar kawasan,
    kemudahan awam seperti keretapi ada.
2. Saya mengenakan yuran.  Yuran yang saya kenakan tidaklah mahal. Anda mampu ..
3. Saya boleh membuat kelas masakan pada hujung minggu.

Antara masakan yang boleh anda belajar...
Kek, cheese kek, cup kek, kuih talam, menghias kek, roti dan bun, pai, tart , pastri, nasi ayam, mee rebus perak.
Yuran.. kalu banyak ada diskaun.

Jika minat: SMS - 012-2672853
                                                  



Cup Cake untuk di buat hantaran
anatara kelas dilaksanakan untuk PUSPANITA