Monday 29 April 2013

ROTI BENGGALI

roti benggali bentuk bulat

roti benggali guna acuan

permintaan semakin ada


 
untuk minum petang
Syukur kini saya ada produk baru untuk berniaga  bolehler cuba resepi kat sini

500 g Tepung Roti
90g gula halus
6g garam
50g susu
2biji telur
300g air sejuk
5g bread softner
8g yis
60g Butter
Cara
Masukkan semua bahan – putar sehingga menjadi doh yang tidak koyak apabila ditarik.
Kalu tak jadi boleh ler belajar.... 012-2672853- liza

Sunday 28 April 2013

Kenapa kek tak jadi

kalu buat cup cake ... kurang jadi tak per boleh cover....
 
oven elektrik


oven gas

suhu tak kawal

Oven
Berbagai jenis oven yang boleh anda beli, tak kisah oven apa... yang penting anda mesti tahu suhu yang tertera adalah suhu untuk kek masak.  Contoh: suhu untuk kek masak dalam masa sejam adalah 180 darjah celcius tetepi oven anda kena tunjuk 220 darjah celcius atau 160 darjah jer...  Itu yang tunjuk celcius yang tunjuk fehrenhite pula cam ner kena ler convert yer....

 
peralatan asas

Mixer
orang kata ia penting.... saya kata tak penting... sebab jika anda nak buat kek butter atau coklat kukus red velvet pun boleh anda masih boleh buat...anda boleh guna wisk jer..perkara  yang perlu anda tahu:
1. Pukul butter hingga kembang atau putih - satu arah saja tau..
2. Masukkan telur satu-satu - pastikan bila hilang dari pandangan baru isi yang baru
3. Pastikan tepung yang anda guna diayak untuk pengudaraan ( ayak bersama serbuk penaik jika perlu)
4. Jika anda ada menggunakan cecair, pastikan anda tepung dimasukkan berselang dengan cecair tersebut.  contoh 3 kali tepung 2 kali air) mula dengan tepung akhir dengan tepung.
5.  Kalu tak yakin guna mixer untuk campurkan tepung dalan adunan gunalah suduker, spatulaker, scraper ke... apa-apa jer
6. Tepung yang dimasukkan dikaub balik saja... jangan terlalu lama untuk proses ini jika lama akibatnya tepung tadi jadi gluten dan mungkin boleh buat roti canai... cukup sekadar bercampur saja...

Baking Powder atau Baking Soda
Ramai yang tanya...
Apa yang saya tahu jika kek anda cuma ada tepung dan cecair .. baking powder  dah cukup kalu nak senang guna tepung naik sendiri jer.
Jika kek anda ada carot, pisang, serbuk koko.. maka baking soda adalah perlu.. jangan banyak-banyak nanti pedo pulak...

sudu penyukat biar ada banyak untuk guna bahan basah dan kering sayu pun dah cukup


selamat mencuba


RED VELVET

Dalam proses melepa

jenjeng.... dah siap
Resepi ni belajar dengan kak zu.. semanis gula
5 biji telur 
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright 
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak

saya gunakan butter cream untuk melepa.....
resepinya:
200g cream well
100g butter
100g gula 
perasa oren
cara
satukan semua bahan dan pukul hingga kembang
 

KEK KAREMEL KAK ZU

kek karemel

Resepi kek ni belajar dengan kak zu kat rumah dia .
BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayenye atau meraung sebab karamelnye melekat, wakaka....tips kek karamel ade di album info yeeee...( abai kan tips ini jika anda adelah pakar kek karamel )

SELAMAT MENCUBE YE...




Pengat Ubi

Masih dalam periuk
Hai, sorry entri ni dengan periuk sekali dipos nak cepat ... nanti lupa, jika anda nak cuba resepi ini boleh ler..

Resepi pengat ubi

1 ketul ubi keladi ( sederhana)
1 ketul ubi kayu
2 ketul ubi keledek
10 susu makan gula
1/2 sudu makan  garam
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan pekat - ( RM 2.00)
Nak special masukkan 1 biji kuning telur

cara
kupas semua ubi dan potong kiub
rebus ubi hingga empuk dan tapis airnya
lalukan air paip untuk buang kanji yang ada - banyak kanji nanti pekat pulak.
Masukkan ubi yang dah basuh tadi dalam periuk, masukkan semua bahan kecuali santan
masak sehingga mendidih akhir sekali masukkan santan- guna api perlahan agar santan tak pecah minyak





MURTABAK SARDIN

Siap untuk dimakan

Proses pemeraman
Resepi Roti Canai

Roti Canai (10-14 biji)
  • 500g tepung gandum
  • 1/2 sudu makan  garam
  • 1 biji telur
  • 1/8  cawan susu
  • 250 ml air
  • 2 sudu makan margerin
Cara-cara
  1. Satukan  semua bahan kecuali tepung
  2. masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  3. uli hingga jadi doh – tidak melekat pada tangan
  4. bentuk doh- bulat berat sekata – sapukan dengan margerin
  5. Rehatkan doh selama 2 jam – tebar
Inti Sardin
1 tin sardin ( cari yang tak hanyir dan gatal)
3 biji bawang besar
3 biji cili padi
garam

Ayam Sambal kicap

Ayam Sambal Kicap

 Jika anda kekeringan Idea untuk masak ayam cubalah Resepi ini

Ayam Sambal Kicap
Resepi
10 ketul ayam - garamkan + kunyit - goreng masak
Sambal kicap
3 ulas bawang besar mayang
3 sudu kica masin
3 biji cili padi
cara:
tumis bawang sampai kuning , masukkan cili - masuk kicap
tuangkan atas ayam tadi


Sunday 14 April 2013

KEK INDULGENCE

Dah siap masuk kotak




untuk kanak-kanak

oder dari herni

Hai pembaca semua, saya dah ubah suia kak zu punya resepi sebab ada pelanggan saya tak gemarkan rasa kopi..... cubalah buat
SUMBER : Dari bolg kak zue- semanis gula
BAHAN BAHAN

* BAHAN KEK
5 biji telur ( grade A )
170 gm gula castor
1 1/2 tbsp coklat emulco
50 gm tepung gandum ~ ayak
50 gm tepung jagung ~ ayak
50 gm tepung naik sendiri ~ ayak
20 gm coco powder ~ ayak
25 ml minyak jagung

Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan coklat emulco.
Dengan menggunakan spatula @ senduk masukkan kesemue bahan ayak dan gaul kaup balik hingga sebati.
Akhir sekali masukkan minyak jagung.
Masukkan adunan kek kedalam loyang 9 inci yang telah di gris.
Bakar kek pade suhu 180 C selama 45 minit.

* Mousse coklat & putih
750 gm UHT whipping cream
170 gm coklat masakan putih ~ cairkan kedah double boiler ~ BIARKAN BETUL2 SEJUK
200 gm coklat masakan hitam ~ cairkan kaedah double boiler ~ BIARKAN BETUL2 SEJUK

Putar UHT whipping hingga kental ~ soft peak.
Bahagikan UHT whipping yang kental kepada 2 bahagian.
1 bahagian di campurkan coklat masakan putih, 1 bahagian lagi di campur coklat masakan hitam.Gaul sebati.



* Chocolate topping ( ganache )
300 gm coklat masakan
250 gm UHT whipping cream
Masak atas double boiler hingge menjadi ganache

CARE MELAPIS KEK
Potong kek kepade 4 lapisan ~ kek dapat agak tipis ~ memang begitu ye
Letak kan separuh mousse putih dan letak kek yang kedua
Letak kesemua mousse hitam dan letak kek yang ketiga.
Letak baki mousse putih dan letak kek yang keempat dan tutupi keseluruhan kek dengan freshcream.
Biarkan kek beberape jam di dalam petisejuk.
Curah kan ganache di keseluruhan kek.

Mangkuk Tingkat @ si'a @ tepen

mangkuk si'a @tepen
Satu kejutan jika aku memasak pada hari kerja, buka aku tak suka masak tapi masa yang penting, aku tak mahu makan malam pada waktu malam, dinner aku kul 6.30 pm.  Jadi aku perlu beli lauk RM 20.00 setiap hari.  Jika dibahagi 4 beranak untuk lauk baru RM 5.00 sehari , jika dicampur nasi RM 6.00 lah seorang.  Jika aku masak mungkin harga tu lagi murah.. yelah 1kg ayam = RM 9.20 sayur RM 2.00 , santan RM 2.00 rencah RM 2.00 minyak,air dan gas, RM 2.00 so dalam RM 17.00 jer! kalu habis semua aku tak kisah, tapi bila tak habis banyak nyer rugi....
Mulai Apri 2013 aku nekad bawa manggu tingkat ke kantin. aku tak mahu bumi tercemar dengan plastik bungkus yang aku bawa.  Harap perubahan yang aku buat dapat memberi impak yang besar kepada bumi.
yehhh GO GREEN

Bubur jangung

Teringat, dulu abah suka sangat makan bubur, tak kiralah bubur apa... bubu tepung gandum, bubur pulut hitam, bubur kacang hijau, pengat pisang, pengat durian ... bubur dan pengat resepinya hampir sama...mesti bersantan, gula merah atau gula pasir, daun pandan dan sedikit garam.  hari ini rasanya nostalgia itu kembali semula... suami aku lak suka pencuci mulut jenis ni... dah dua mingguberturut -turut aku masak bubur jagung ni...
Bubur Jagung
Bahan- bahan
10 tonggol jagung yang segar ( penjodoh bilang untuk jagung - tongkol)
2 biji kelapa - ambil santan 1 litter
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
cara:
masak s
kesemua bahan diatas dalam periuk, kacau selalu hingga mendidih- gunakan api yang sederhana untuk elak santan berbata.Rasa dulu hidang bila dah sempurna rasanya.

CREAM PUFF @Pastri Choux





siap dihidangkan, kastard masuk dari bawah

bakar hingga garing



Cream Puff
Surber: ubah suai dari buku Joy of Baking

        10 Biji Telur

        2 sudu esen vanilla

600g tepung gamdum

400g margerin J

2 sudu besar gula J

½ susu garam J

1 litre air J

Cara:

Panaskan   J sehingga mendidih masukkan tepung biarkan sejuk.  Masukkan telur satu- satu dan vanilla



Kastard

1 tin susu

1 litre air

100g tepung jagung

210g gula

2 sudu besar tepung kastard

Cara:

Satukan semua bahan, masak atas api.


Durian Custard Cream
500ml milk
100gm sweet durian flesh (I don’t think D24 works well here, due to the bitterness, unless u like it that way)
1 large egg
80gm sugar or more
2 level Tbsp custard powder
2 level Tbsp all purpose flour
 cara:
masukkan dalam kuali semua kacau hingga masak.

Saturday 13 April 2013

pau lembut dan gebu

Resepi pau (tepung hong kong)- Puan ani kedai 2020
450 gm special pow flour (Hong Kong) saya guna tepong blue key
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan
Bahan B:
300 gm special pow flour (Hong Kong)
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double action baking powder (for pau)
1 tsp bread softener
Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate
Sedikit garam
Bahan D:
Inti - ikut citarasa sendiri

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
  10. Ikut kata Pn Ani, elok gunakan double action baking powder yang khas untuk buat pau.. memang ada tulis "(pow)" @ "(pau)". Sebelum buat, puas cari, tak jumpa.. saya guna double action baking powder yang biasa tu je.. alhamdulillah, pau tetap gebu..

Friday 12 April 2013

KEK COKLAT MOIST

Kek yang dibahagikan kebada 2 bahagin

Taadaa dah siap

gabungan boy and girl

Kek Coklat Lembab , sumber Joy of Baking
Bahan-bahanA
(ayak 3 kali)
*11/2 cawan tepung kek
*1 sudu teh baking power (heap)
*½ baking soda(level)
 Bahan B
3/4 buku butter
11/2 cawan gula halus
1 ½ sudu teh esen vanilla
3 biji telur
¼ sudu teh garam
(#Bancuh)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air
Cara –cara
1.       Pukul buter dan gula sehingga gebu.  Masukkan telur satu persatu dan esen vanila
2.       Masukkan tepung berselang dengan bancuhan tadi coklat.
3.       Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah celcius selama 1 jam
Petua Untuk Mendapatkan Kek Yang Lembab
Bakar kek pada 2 loyang / 3 loyang, Bila dah berbau wangi, cucuk dengan lidi jangan tunggu garing bila masak terus angkat.  Elakkan kek terdedah di dalam peti ais atau di bawah kipas.

Selamat mencuba