Thursday 7 August 2014

KUIH LOMPANG

Salam sayang semua.... n3 ni nak berkongsi kuih lompang yang dibuat untuk jamuan berbuka puasa..
Ai! seketul jer gambar? Yup nak cepat hidang.... petua nak kuih yang cantik sejuk dulu semalaman pas tu baru hidaangkan .  jika tidak lembapan pada kuih akan diserp oleh kelapa mengakibatkatkan kuih putihnya tercemar.
Resepi boleh ambil kat sini

Wednesday 6 August 2014

Kek Gulung

Salam sayang semua
Nak tunjuk kek gulung aka swiss roll

Resepinya ambik kat kak ita sini tq kak ita

Kek Princess

Kek imergency...
Salam sayang pengunjung yang setia ...kawan call , dia kata lupa nak confirm oder tapi nak juga kek princess, jadi bajuner bukan dari buttercream dari fondant

Princess segera

KEK KAREMEL

Salam sayang buat pembaca yang mengunjungi bolg ni.  Hari ni rajin pulak nak isi n3 baru kek karemel.  Sebelum ni buat semuanya kek jadi melengkung di tepi tak macam orang lain .... masa belajar dengan kak zu semanis gula pun kek cantik jadinya.  Asyik kecewa ajer.  Baru ni buat kat kampung masa nak raya comel lak jadinyer.... setelah dipikir-pikir mungkin suhu oven yang melampau membuatkan dia jadi kembung dan merekah.  setelah semangat kembali barulah nak cuba pakai oven nenek punya

Oven nenek punya

guna api yang perlahan

masa untuk memasak 1 jam 15 minit
rumah burung yang bercat.. kaluler boleh warna kek kita macam ni kan cantik
ni hasil dari Oven elektrik salah setting suhu

yang ni hasil dari oven nenek ... cantik tepi nyer pun  cantik
Resepi kek ni ubah suai dari resepi kak zu.
BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
  3 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1 tin susu cair FN ( tin biru pink )
100 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
4 kuning telur
1 biji teliu penuh
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadi 70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. bakar selama 1 jam pada suhu 150 darjah celcius
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayanya