Wednesday 23 March 2016

Bila rezeki pergi

Salam sayang pembaca semua....Hari ni cuma nak meluahkan perasaan yang lama berbuku di hati.
Kalu diluah pada orangnyer nanti air mata mengalir dan hati terguris.  tapi nak cerita juga.  Biar perkara macamni menjadi tauladan untuk kita semua.
    Seoarang makcikni kak liza panggil dia makngah.  Suami makngah dah 9 tahun meninggal dunia.  Beliau menggalkan beberapa ekar kebun yang tak berapa besar.  Makngah ada 6 rang anak.  Kalu mengikut islam anak-anak makngah berhak keatas kebun tersebut.  Memang ada antara anak makngah yang merungut nak tahu berapa sebenarnyer hasil kebun yang makngah dapat setiap kali buah kelapa sawit dipetik.  Malah ada antara mereka yang tengok sendiri bil yang mak ngah terima pada cina yang membeli kelapa sawit makngah.  Setiap kali anak-anak makngah bali ada saja cerita buatan makngah... ' buah meluruh bulan ni' buah kena curi bulani' ' bulanni guna duit untuk baja dan meracun' anak -anak yang dengar ceritani rasa kesian.  Lama kelamaan cerita yang direka rasa tak logik.
gambar google
Tahun berganti tahun. Pekerja yang bekerja dikebun makngah dah berhenti.  Kebun makngah terbiar kira kira setahun.  Ada orang yang baik hati nak kerjakan kebun makngah.  Dibaja, dibuang daun dan meracun tapi kebun makngah masih tidah berbuah.  Sedangkan kebun orang lain berbuah.  Kak liza terfikir ada sebab mengapa kelapa sawit makngah tidak berbuah.  Kak liza bukan orang berilmu nak huraikan perkara ni.  Tapi selepas arwah suami mak ngah meninggal anak-anaknyer tak pernah dapat merasa duit hasil kebun .  Walaupun hari raya, anak-anak  makngak kena beli sendiri keperluan makan untuk hari raya.  Mungkin makngah kena duduk dan berfikir, amanah tuhan yang makngah pegang selamani kemana makngah letak.  Sepatutnya lebihan keperluan makngah dari hasil kebun makngah kena bagi kepada anak-anak.  anak-anak makngah bukannya orang susah mereka boleh hidup pun. Masing -masing ada kerja malah bergaji BESO pun ada.  Bagi kak liza tuhan nak uji sejauh mana jujur dan amanah kita.  Tak salah jika makngah kumpul duit lebihan belanja makngah dan tunjuk pada anak-anak setahun sekali.  Mungkin duit tu digunakan untuk beli ayam atau daging untuk hari raya.  Apa yang penting disini semua orang dapat merasa  pusaka tinggalan suami makngah dan berasa gembira.  Yang penting jujur dan amanah perlu ditunjukkan kepada anak-anak.  Harap suatu hari nanti kebun sawit suami makngah berbuah dengan lebatnyer.  Maaf jika makngah yang baca luahan saya ini.

Wednesday 9 March 2016

Masak lemak petola dengan pucuk

 Sakam sayang semua... harini saya rajin meng up date blog.  Entah ler ada juga yang komen secara vebal... kak liza dah lam tak up date bolg.... hehe ada juga yang silence reader rupanyer.  Bukan nak menunjuk-nunjuk yang kita ni pandai memasak tetapi cuma kalu orang tengok blog kak liza mungkin ada idea nak masak apa hujung minggu ni yer.  Masak lemak adalah kegemaran keluarga kak liza.  Tak kisahlah lemak apa.  Lemak labu lagi mereka suka. Cuma abang yin ajer yang tak suka sayur.  Idea masak sayur ni kak liza ambik dari kantin politeknik. Resepi kat bawahtu cara kak liza mungkin adik kak luar sana ada idea sendiri.  Yang penting bagi kak liza memasak kena ikhlas dan penuh kasih sayang.

resepi petola masak lemak
1 biji petola sedehana besar dan muda
1 biji karot
1 keping pucuk
sedikit sohunn
1 biji bawang besar 
segenggam udang kecil
Santa secawan - kak liza guna santan segar.
cara 
masak karot hingga empuk , masukkan petola, sohunn dan pucuk, bawang dan udang.  bila dah mendidih masukkan santan yang pekat.  Perasakan dengan garam dan secubit gula.

Tart Buah Mangga



 Salam sayang semua
Hari ni kak Liza nak kongsi resepi tart buah kali ni kastart yang kak liza pakai guna tepung jagung.
Buah kak liza guna buah mempelam jer... emmm sedapnyer.













 Resepi kulit tart

 250g Tepung Gamdum
170g Butter (dadukan)
40g Telur
15g susu tepung
1/2 susu teh esen vanila
Campurkan semua uli sampai semua tak melekat kat tangan jika gak lembik tambah tepung sikit.
bolehlah masukkan dalam acuan yang sesuai


Resepi kastart
 
500ml susu segar
100 gram gula
50 gram tepung jagung
1/2  garam
1 biji telur boleh kalu tak isi

Asam pedas

 Salam sayang semua... pagi -pagi ni kak liza nak tunjuk asam pedas ikan mayong.  Kak liza dibesarkan di Johor emak dan abah berasal dari Terengganu.  Sejak abah meninggal tinggallah emas kat Johor keseorangan.  Kami adik beradi ada balik tapi jarang-jarang.  Antara lauk kegemaran kami sekeluarga asam pedas.  kalu kat kampung senanglah nak cari ikan sembilang ker... ikan daun baharu ker.  Tapi tan tanjong Malim ni ikan air tawar jelah kot yang sesuai.
Ikan yang kak liza guna ikan Mayong.  Masyaallah susuah sungguh nak hilangkan hanyir ikan ni.  Sunggu kalu nak masak asam pedas gunalah ikan alin.  Ikan ni berana tanah.






Untuk resepini kak Liza rujuk blog mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3ketul  ikan, kerat dan cuci bersih, toskan
1 biji tomato, belah 4
5 biji kacang bendi
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :-)
6 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
 1 inci kunyit hidup
 1/2 inci halia
 Sedikit hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisarhalus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau perlahan dan tambah jus asam jawa. Masuk daun kesom, kacang bendi dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan2 dan biar mendidih hingga kacang bendi lembut. Akhir sekali masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah asam pedas. Hidangkan..