Kari masih dalam periuk |
Kari Ikan Opah
3 potong ikan - apa -apa bun boleh
5 ulas bawang merah ( dihiris halus)
2 ulas bawang putih ( dihiris halus)
1 sudu kecil halba campur
3 sudu besar serbuk kari ( babas)
1 tangkai daun kari
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan santan
1 cawan air
5 sudu besar minyak untuk menumis
garam, gula sikit
Cara-cara
Tumis halba, daun kari,bawang putih dan bawang merah sehingga agak garing. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air, tumis sehingga pecah minyak ( org terengganu kata buga tahi itik). masukkan air, air asam jawa, garam dan gula . Biar gelegak sekejap. Masukkan ikan, masak 5 minit. Masukkan santan, masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
Moga resepi ini menjadi kegemaran keluarga anda...
No comments:
Post a Comment