Tuesday 28 March 2017

Lempeng Kelapa

Salam sayang .... Kak liza nak pos lepeng kelapa makan dengan kuah kari.  Sebab ada kari yang lebih semalam tu yang beria-ria nak buat lempeng.  Ish natilah kak liza sambung...




Kek Marble Moist yang Gebu

Kek baru keluar oven

Salam sayang pembaca blok kak liza... nak mula buka semua blog dan mengisi kek yang dah buat liat sungguh.  Doa kak liza moga diri ini istikomah memblog.  kek ni kak liza ambik kat Azie Kitchen. 
Memang gebu




Resepinyer kak liza letak kat sini.
Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)



Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega