Wednesday 5 April 2017

Sagu Gula Merah

 Salam sayang pengunjung blog kak liza. hari ni kongsi dengan adik -adik pengunjung blog.  Memang ada cita- cita nak tangkap gambo cantik-cantik sehingga mengiurkan gitu macam blog ita masam manis.  Tak boleh jadi macam ita pun tak mengapa jadi diri sendiri yang bercita-cita nak jadi macam ita.  Hehe suka sangat sebab boleh buka blog ita masam manis.

 Sagu ni sedap dimakan semasa minum petang dan pada musim panas.



Resepi kak liza ambik kat my kuali
Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air 
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
  • 1/2 sudu kecil garam 
  •  
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air 
  • 1 helai daun pandan  
Cara-cara
  1. Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
  4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
  9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
  10. Siap untuk dimakan!!!