Wednesday 3 May 2017

Laksa


 Salam sayang adik -adik kat pengunjung blog kak liza.  Hari ni kak liza nak share resepi laksa kegemaran kak liza.  kak liza jer tau bukan family.  Dema tak suka laksa kuah tak der santan.  Ikut petua orang tua-tua laksa ni tak boleh makan dalam tempoh setahun selepas bersalin atau selepas gigi anak tumbuh.  Hehe kak liza  tak boleh ikut tak tahan.  Dalam tempoh 6 bulan sahaja kak liza  dah mula makan tapi tak banyak.

 Semasa makan laksa di Perlis... rasa laksatu sangat pekat... sedap kakliza cuba blended bunga kantan bawang dan ikan wau rasanyer hampir sama..




Ni resepi dari kakliza
Sebungkus laksa kering di rebus sehingga lembut
1/2 kg ikan selayang- di rebus ambil isi
secekak daun kesum
4 biji bawang besar
10 biji cili kering
3 keping asam gelugur
3 biji bunga kantan
1 litter air

cara:
kisar isi ikan , bawang dan 2 biji bungan kantan.
masukkan dalam periuk, didih sehingga naik bau masukkan asan dan garam.  Bila dah mendidih selama 10 minit boleh hidangkan.