Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Wednesday, 17 February 2016

Snow cheese kek.. kek serabai

 Hai salam sayang semua.
Bila sebut snow cheese cake terbayang keju yang berterabur.  Ada orang tanya kek ni jer yang ada .. saya boleh buat kek yang lain sama jer macam orang lain.  Tapi yang ni berbeza sikit dari orang lain.





Jom kita cuba buat kek ni
Resepi ni saya dah ubah suai dari resepi masa kelas.
1 biji sponge cake perasa vanila.. aper-apr pun boleh
200 ml whipping crem
200g gula halus
250 g cream cheese
200g ceddar cheese parut

cara
- belah kek kepada 3 bahagian
- satukan whipping cream gula dan cream cheese
- parut ceddar
-sapukan cream dan tabur ceddar di setiap lapisan.
- di luar kek pun sapu dan taburkan cheese
selamat mencuba...

Thursday, 25 September 2014

Cheese Cake Jadi Kek Perkahwinan

Snow cheese cake ... hadiah untuk adik tersayang Suzy Noor Azniza dan suami Isra

Wednesday, 6 August 2014

Kek Gulung

Salam sayang semua
Nak tunjuk kek gulung aka swiss roll

Resepinya ambik kat kak ita sini tq kak ita

Kek Princess

Kek imergency...
Salam sayang pengunjung yang setia ...kawan call , dia kata lupa nak confirm oder tapi nak juga kek princess, jadi bajuner bukan dari buttercream dari fondant

Princess segera

KEK KAREMEL

Salam sayang buat pembaca yang mengunjungi bolg ni.  Hari ni rajin pulak nak isi n3 baru kek karemel.  Sebelum ni buat semuanya kek jadi melengkung di tepi tak macam orang lain .... masa belajar dengan kak zu semanis gula pun kek cantik jadinya.  Asyik kecewa ajer.  Baru ni buat kat kampung masa nak raya comel lak jadinyer.... setelah dipikir-pikir mungkin suhu oven yang melampau membuatkan dia jadi kembung dan merekah.  setelah semangat kembali barulah nak cuba pakai oven nenek punya

Oven nenek punya

guna api yang perlahan

masa untuk memasak 1 jam 15 minit
rumah burung yang bercat.. kaluler boleh warna kek kita macam ni kan cantik
ni hasil dari Oven elektrik salah setting suhu

yang ni hasil dari oven nenek ... cantik tepi nyer pun  cantik
Resepi kek ni ubah suai dari resepi kak zu.
BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
  3 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1 tin susu cair FN ( tin biru pink )
100 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
4 kuning telur
1 biji teliu penuh
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadi 70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. bakar selama 1 jam pada suhu 150 darjah celcius
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayanya

Wednesday, 14 May 2014

Piping Jelly




Salam Sayang semua....
Sejak mempiping hati dah mula terpaut... black & white russian

Monday, 5 May 2014

Piping Jelly

Bola biru merah

tiada boarder jus tingkap yang ringkas,  boy......
Salam sayang semua .... sejak mula berpiping aderjer  yang mengoder... alhamdulillah dah lama dak mengicing tangan pun dah mengeras ... jika ader oder bukan tak nak ambil cuma takut tak cantik dan masa terhad yer ler gomen serven gitu...

Sunday, 27 April 2014

Piping Jelly




  Hai .... dahlah lama tak menngaler seronok juga...petuanya jangan lukis gambar kecil nanti susah nak buat detailingnya




Dora tak leh tunjuk perut dan lutut aurat......
Hello kitty










Thursday, 17 April 2014

KEK BUAH BAKAR

Kek buah nampak isi dalam

kek Buah yang disalut
Salam sayang semua....bila dapat call dari kawan nak kek mesti nak segera so kek segeralah... kek buah bakar total masa siap cuma 2 jam saja.. so pukul 5.00 am bangun boleh letak icing.  Resepinya saya ambil kat sini . Terima kasih empunya blok... selamatkan keadaan

 Kek Buah Bakar
Bahan A :-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix (k.gee guna raisin dan buah ceri jer)
1 cwn air

Masak semua bahan di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut.. aku bg raisin n sultanas tu agak kembang.. then ketepikan.. sejukkan.. tunggu 3-4 jam.

Bahan B :-

2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn je.. bancuh ikut sedap rasa..)


Bila bahan A agak sejuk.. masukkan telur kacau rata.. masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.. bubuh sekali jus oren.. kacau rata..

Kemudian tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau lapik baking paper.. bakar dalam oven suhu 180 celcius lebih kurang 1 jam.

Tuesday, 8 April 2014

Kek buah

kek buah
Salam sayang semua...kek buah ni ikut resepi mat gebu...cuma saya ubah caranya ... saya masukkan buah diakhir sekali.  Kalu gula hangus tu berketul biarkan sebab dia akan cair bila kita kukus nanti

Sumber: mat gebu
Kek Buah Kukus
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai...
 selamat mencuba

Monday, 31 March 2014

KEK COKLAT

Berozet




Diluar butter cream kat dalam kek sponge... nati saya post resepi nya..

Saturday, 25 May 2013

wedding cake

Salut dulu kek dengan steam buttercream

sekuntum mawar merah.......

campur dengan mawar putih

tutup ler.. dengan daun

pandangan sisi

pandangan depan
Steam butterceam .....

Wednesday, 8 May 2013

KEK LAPIS KELADI

gambar dah kena bungkus

Lapis Pandan
Sebiji sponge kek
Resepi Kastard
1 kg Santan campur air
100g keladi rebus dan lenyek
1 sudu teh serbuk agar-agar
220g gula
1 tsp garam
perasa keladi

Satukan semua bahan kacau dalam kuali
selamat mencuba

Sunday, 28 April 2013

RED VELVET

Dalam proses melepa

jenjeng.... dah siap
Resepi ni belajar dengan kak zu.. semanis gula
5 biji telur 
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright 
1 cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak

saya gunakan butter cream untuk melepa.....
resepinya:
200g cream well
100g butter
100g gula 
perasa oren
cara
satukan semua bahan dan pukul hingga kembang
 

KEK KAREMEL KAK ZU

kek karemel

Resepi kek ni belajar dengan kak zu kat rumah dia .
BAHAN BAHAN

GULA HANGUS
 2 @ 4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingge gula mencair dan biarkan seketike.

BAHAGIAN ATAS  ( KARAMEL )
1/2 tin ( 1 cawan ) susu cair FN ( tin biru pink )
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan

LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 sudu teh baking powder ( sudu kfc )
50 ml minyak  jagung
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingge kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati

MERINGUE  ( B )
6 telur putih ( jangan ade  walaupun setitik kuning telur @ setitk air pun ) nanti meringue nye tak menjadik
70 gm gula castor
1 tsp krim of tar tar
Putar hingge adunan menjadi kental dan tak jatuh jike di terbalikkan.

* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA

1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnekan dan dan diperise kan ( adunan takkan tenggelam dalam karamel )
3.Panas kan oven selame 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertame bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah
6. Bile kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinye dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan dan lihat hasilnye pasti anda akan tersenyum sebab kek menjadik dengan jayenye atau meraung sebab karamelnye melekat, wakaka....tips kek karamel ade di album info yeeee...( abai kan tips ini jika anda adelah pakar kek karamel )

SELAMAT MENCUBE YE...




Sunday, 14 April 2013

KEK INDULGENCE

Dah siap masuk kotak




untuk kanak-kanak

oder dari herni

Hai pembaca semua, saya dah ubah suia kak zu punya resepi sebab ada pelanggan saya tak gemarkan rasa kopi..... cubalah buat
SUMBER : Dari bolg kak zue- semanis gula
BAHAN BAHAN

* BAHAN KEK
5 biji telur ( grade A )
170 gm gula castor
1 1/2 tbsp coklat emulco
50 gm tepung gandum ~ ayak
50 gm tepung jagung ~ ayak
50 gm tepung naik sendiri ~ ayak
20 gm coco powder ~ ayak
25 ml minyak jagung

Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan coklat emulco.
Dengan menggunakan spatula @ senduk masukkan kesemue bahan ayak dan gaul kaup balik hingga sebati.
Akhir sekali masukkan minyak jagung.
Masukkan adunan kek kedalam loyang 9 inci yang telah di gris.
Bakar kek pade suhu 180 C selama 45 minit.

* Mousse coklat & putih
750 gm UHT whipping cream
170 gm coklat masakan putih ~ cairkan kedah double boiler ~ BIARKAN BETUL2 SEJUK
200 gm coklat masakan hitam ~ cairkan kaedah double boiler ~ BIARKAN BETUL2 SEJUK

Putar UHT whipping hingga kental ~ soft peak.
Bahagikan UHT whipping yang kental kepada 2 bahagian.
1 bahagian di campurkan coklat masakan putih, 1 bahagian lagi di campur coklat masakan hitam.Gaul sebati.



* Chocolate topping ( ganache )
300 gm coklat masakan
250 gm UHT whipping cream
Masak atas double boiler hingge menjadi ganache

CARE MELAPIS KEK
Potong kek kepade 4 lapisan ~ kek dapat agak tipis ~ memang begitu ye
Letak kan separuh mousse putih dan letak kek yang kedua
Letak kesemua mousse hitam dan letak kek yang ketiga.
Letak baki mousse putih dan letak kek yang keempat dan tutupi keseluruhan kek dengan freshcream.
Biarkan kek beberape jam di dalam petisejuk.
Curah kan ganache di keseluruhan kek.

Friday, 12 April 2013

KEK COKLAT MOIST

Kek yang dibahagikan kebada 2 bahagin

Taadaa dah siap

gabungan boy and girl

Kek Coklat Lembab , sumber Joy of Baking
Bahan-bahanA
(ayak 3 kali)
*11/2 cawan tepung kek
*1 sudu teh baking power (heap)
*½ baking soda(level)
 Bahan B
3/4 buku butter
11/2 cawan gula halus
1 ½ sudu teh esen vanilla
3 biji telur
¼ sudu teh garam
(#Bancuh)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air
Cara –cara
1.       Pukul buter dan gula sehingga gebu.  Masukkan telur satu persatu dan esen vanila
2.       Masukkan tepung berselang dengan bancuhan tadi coklat.
3.       Tuang dalam acuan dan bakar pada suhu 180darjah celcius selama 1 jam
Petua Untuk Mendapatkan Kek Yang Lembab
Bakar kek pada 2 loyang / 3 loyang, Bila dah berbau wangi, cucuk dengan lidi jangan tunggu garing bila masak terus angkat.  Elakkan kek terdedah di dalam peti ais atau di bawah kipas.

Selamat mencuba

Wednesday, 10 April 2013

PANDAN LAYER @ KEK LAPIS PANDAN

4 biji kek yang dah siap
 Sumber The Joy Of Baking
KEK SPONGE
bahan:
250 g Vanila sponge mix
4 biji telur B
160 ml santan
perasa pandan

cara: pukul semua bahan sampai kembang ( 10 minit) . masukkan dalam loyang yang telah digris dan bakar pada suhu 160 celcius selama 45 minit

bahan kastard:
1000 gram (santan + air daun pandan)- 300g santan pekat
220 gram gula
2 susu teh gram serbut agar2
100 gram tepung hoen kwee (hijau)
1/2  garam
1 biji telur
cara:
Satukan dalam kuali kacau hingga masak. Lapiskan kek yang telah dipotong 3 bahagian degan kastard ini

KEK SPONGE





Kek sponge dalam proses nyah beku
kek sponge dah disaluti cream
 Istimewa kek ini boleh buat banyak-banyak kemudian bungkus dengan aluminum foil dan bekukan.  Selain dari itu pelbagai perisa boleh dibuat... banyak kegunaan kek ini, yang penting kek sponge kita buat sendiri akan lebih moist dan rasa telurnya.

Resepi Kek Sponge Mudah

250 gram  tepung sponge mix
4 biji telur gred b
80 ml susu segar
80 gram mentega, cair dan sejukkan
1 camca teh esen vanilla
 cara :
pukul semua bahan kecuali mentega cair selama 10 minit dengan mixer. Jika kurang dari masa ini kek anda akan lerai dan berderai.. akhir sekali masukkan minyak.  Kacau guna scrapper atau senduk kayu.  Masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur dengan tepung. Masuk dal oven yang telah panas.

Tuesday, 9 April 2013

KEK CAROT WALNUT MOIST

bakar dalam dua loyang agar kekal lembabnya

hias ikut keativiti anda


salut semua ....



Bakar dalam 2 loyang
kek potong

Resepi kek carot
sumber: Intan berlian
2 cawan   tepung serba guna
1 1/2  sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cinnamon powder -letak jika tak der pantang
4 biji telur
1 1/2 cawan (300gm) gula halus - kurangkan jika anda pengidap diabetes
1 cawan (240ml) minyak sayur/minyak jagung- minyak masak pun boleh
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren - letak jika ada
1 cawan (100gm) walnut (dibakar & dicincang) 
2 1/2 cawan  carrot  diparut

cara-cara
Satukan bahan kering: ayak
pukul dengan wisk telur dan minyak, masukkan bahan kering dan masukkan bahan yang terringgal ...
bakar dalam 2 loyang pada suhu 180 celcius. dah berbau angkat, hias bila sejuk....

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:


250gm cream cheese
125gm butter
120g gula icing


CARA-CARANYA:


 Masukkan semua bahan diatas- pukul hingga kembang