Wednesday 13 July 2016

dah sembahyang ke belum



Salam sayang ....semenjak  semester bermula kakliza rasa malas nak mengapdete blog.  Gambar masak-masak yang ada pun kak liza malas nak upload.
Hari ni rasa nak tulis pasal sembahyang.  tulisanni hanya peringatan diri dan untuk cucu yang baca blog ni.  Kakliza tertanya-tanya ada segelintir dari kita sentiasa ingat program tv,  duduk depan tv on time.  Sanggup tinggalkan kerja lain nak tengok siri tv kegemaran.  Cerita belum mula dah ada depan tv.  Mengapa ada yang sanggup untuk bersedia mengadap tv dari mengadap tuhan.  Bagi kakliza tv tu penghibur... boleh tengok kalu ada luang masa.  Sambil tengok tv boleh lipat kain, siang ikan bilis, gosok baju, baca buku pun boleh.  Tulah istimewanyer perempuan, tiga kerja dalam satu masa: tengok tv ..membebel dan lipat kain.  Rasanyer berkisah juga nak menegur sebab yang buat macamni bukan yang berumur 5atau 6 tahun.  Yang terlibat ni berumur 50 dan 60 tahun.  Tak tegur rasa bersalah nak tegur rasa malu sebab yang buat ni bergelar hajjah dah.  Mabrur ker haji mereka? insyaallah.  Sepatutnyer pukul 7 dah siap mandi dan bersedia untuk solat maghrib, bukan mengadap tv  Cerita di tv habis pukul 8mlm... dah lari dah waktu mghrib tu.  Masatulah berkejar nak mandi dan solat ... dah tak pasal kena jamak waktu maghrib dan isyak sebab habis solat maghrib terus jer masuk isyak.  Memang kita yang perempuan ni tak payah pergi masjid tapi solat tepat waktunyer adalah lebih baik.
Kalu kita ada uban yang mula tumbuh dengan segarnya di kepala adalah lebih baik kiranyer kita bangun awal solat sunat dan berdoa.  Masanilah kita boleh buat sebab anak-anak dah besar logiknyer mereka dah tak mengangis untuk minta susu dan tukar lampin.  Cuma yang penting susun tidurtu bagi cantik dan tak mengantuk untuk bertahajjud.  Mungkin ada antara kita yang tak boleh kurang tidurnyer jadi tukar waktu tidur ... mungkin pukul 10pm kita dah kena tidur.  Pukul 5 am dah boleh bangun dan solat 2 rakaat.  Sempat derdoa dan berwirid sebelum subuh.  Kita takboleh bangun pukul 5am jika tidur pukul  2am.. tv lagi.. tv tak salah sebab aderjer siaran ulangan.  Yang penting kita susun jadual kita nak tv ker nak solat tepat waktu.

Friday 13 May 2016

Bingka Labu







Salam sayang semua... hari ni kak liza nak kongsi dengan pembaca semua resepi binka labu... nak tunjuk gambar tapi semua gambar goyang..Bila skill ambik gambo nak berjaya ni.
Bila tengok labu teringat nenek kak liza.  Dia memeng suka berkebun.  Antara pokok yang dia tanam pokok labu.  Waktu musim petik labu, hari-hari kak liza makan labu.  Pengat labu, bingka labu, sayur lemak labu,  sayur labu masak air.  Cuma nenek tak boleh buat bingka labu dan pai labu nenek tak der oven.  Dalam kepala kak liza berbunga-bunga nak buat pai labu.  Tapi asyik bertangguh jer.  Dok takut labu kan rosak maka bergegaslah kak liza buat bingka labu. 
Memang sedap bingka labuni, tapi kak liza tak boleh makan banyak  nati gula dalam darah naik mencanak-canak.  Jadi yang banyaknyer bawak ke opis untuk kawan-kawan.  Kalu nak cuba ... boleh ler cuma agak banyak hasilnyer, boleh makan untuk 10 orang.
Resepi: Shila Rusly


BINGKA LABU
Bahan-bahanya:
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan:
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Sunday 3 April 2016

Kari ayam kampung

 Salam sayang pembaca semua harini nak kongsi resepi ayam kampung masak kari.  Bukan selau masak kari ni sebulan sekali pun susah.  Kalu tekak saya ... lebih gemo sup ayam .. atas sebab abang yin suka sangat dengan kari maka ikut jerlah anak nak makan.
kalu nak ikutkan bahan yang ada kat rumah memang tak cukup... halia takder, cili kering tak der..Tapi yang penting ada rempah kari babas.  Petua ni saya belajar dari cheff Asma.  Untuk masak kari yang penting tumis bawang dan kari pes sehingga menjadi taik itik.  Ini memerlukan minyak yang banyak.  Tidak mengapa saya akan keluarkan semula minyak tu semua ... saya panggil siring minyak.

Resepi Kari Ayam.
1 ekor ayam- potong suka hati 
6 sudu sebuk kari Babas- jadiakan pes
6 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1inci halia-kisar
2 biji kentang
rempah 4 sekawan 
minyak untuk menumis
sebiji santan kelapa- guna santan kotak pun boleh.
Cara: 
Ayam direbus sehingga hampir empuk. Tumis rempah 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan pes kari.  Tumis sehingga garing dan pecah minyak - jadi macam taik itik.  Masukkan ke dalam periuk berisi ayam rebus dan masukkan kentang.  Masak sehingga daging empuk.
Selamat mencuba


Wednesday 23 March 2016

Bila rezeki pergi

Salam sayang pembaca semua....Hari ni cuma nak meluahkan perasaan yang lama berbuku di hati.
Kalu diluah pada orangnyer nanti air mata mengalir dan hati terguris.  tapi nak cerita juga.  Biar perkara macamni menjadi tauladan untuk kita semua.
    Seoarang makcikni kak liza panggil dia makngah.  Suami makngah dah 9 tahun meninggal dunia.  Beliau menggalkan beberapa ekar kebun yang tak berapa besar.  Makngah ada 6 rang anak.  Kalu mengikut islam anak-anak makngah berhak keatas kebun tersebut.  Memang ada antara anak makngah yang merungut nak tahu berapa sebenarnyer hasil kebun yang makngah dapat setiap kali buah kelapa sawit dipetik.  Malah ada antara mereka yang tengok sendiri bil yang mak ngah terima pada cina yang membeli kelapa sawit makngah.  Setiap kali anak-anak makngah bali ada saja cerita buatan makngah... ' buah meluruh bulan ni' buah kena curi bulani' ' bulanni guna duit untuk baja dan meracun' anak -anak yang dengar ceritani rasa kesian.  Lama kelamaan cerita yang direka rasa tak logik.
gambar google
Tahun berganti tahun. Pekerja yang bekerja dikebun makngah dah berhenti.  Kebun makngah terbiar kira kira setahun.  Ada orang yang baik hati nak kerjakan kebun makngah.  Dibaja, dibuang daun dan meracun tapi kebun makngah masih tidah berbuah.  Sedangkan kebun orang lain berbuah.  Kak liza terfikir ada sebab mengapa kelapa sawit makngah tidak berbuah.  Kak liza bukan orang berilmu nak huraikan perkara ni.  Tapi selepas arwah suami mak ngah meninggal anak-anaknyer tak pernah dapat merasa duit hasil kebun .  Walaupun hari raya, anak-anak  makngak kena beli sendiri keperluan makan untuk hari raya.  Mungkin makngah kena duduk dan berfikir, amanah tuhan yang makngah pegang selamani kemana makngah letak.  Sepatutnya lebihan keperluan makngah dari hasil kebun makngah kena bagi kepada anak-anak.  anak-anak makngah bukannya orang susah mereka boleh hidup pun. Masing -masing ada kerja malah bergaji BESO pun ada.  Bagi kak liza tuhan nak uji sejauh mana jujur dan amanah kita.  Tak salah jika makngah kumpul duit lebihan belanja makngah dan tunjuk pada anak-anak setahun sekali.  Mungkin duit tu digunakan untuk beli ayam atau daging untuk hari raya.  Apa yang penting disini semua orang dapat merasa  pusaka tinggalan suami makngah dan berasa gembira.  Yang penting jujur dan amanah perlu ditunjukkan kepada anak-anak.  Harap suatu hari nanti kebun sawit suami makngah berbuah dengan lebatnyer.  Maaf jika makngah yang baca luahan saya ini.

Wednesday 9 March 2016

Masak lemak petola dengan pucuk

 Sakam sayang semua... harini saya rajin meng up date blog.  Entah ler ada juga yang komen secara vebal... kak liza dah lam tak up date bolg.... hehe ada juga yang silence reader rupanyer.  Bukan nak menunjuk-nunjuk yang kita ni pandai memasak tetapi cuma kalu orang tengok blog kak liza mungkin ada idea nak masak apa hujung minggu ni yer.  Masak lemak adalah kegemaran keluarga kak liza.  Tak kisahlah lemak apa.  Lemak labu lagi mereka suka. Cuma abang yin ajer yang tak suka sayur.  Idea masak sayur ni kak liza ambik dari kantin politeknik. Resepi kat bawahtu cara kak liza mungkin adik kak luar sana ada idea sendiri.  Yang penting bagi kak liza memasak kena ikhlas dan penuh kasih sayang.

resepi petola masak lemak
1 biji petola sedehana besar dan muda
1 biji karot
1 keping pucuk
sedikit sohunn
1 biji bawang besar 
segenggam udang kecil
Santa secawan - kak liza guna santan segar.
cara 
masak karot hingga empuk , masukkan petola, sohunn dan pucuk, bawang dan udang.  bila dah mendidih masukkan santan yang pekat.  Perasakan dengan garam dan secubit gula.

Tart Buah Mangga



 Salam sayang semua
Hari ni kak Liza nak kongsi resepi tart buah kali ni kastart yang kak liza pakai guna tepung jagung.
Buah kak liza guna buah mempelam jer... emmm sedapnyer.













 Resepi kulit tart

 250g Tepung Gamdum
170g Butter (dadukan)
40g Telur
15g susu tepung
1/2 susu teh esen vanila
Campurkan semua uli sampai semua tak melekat kat tangan jika gak lembik tambah tepung sikit.
bolehlah masukkan dalam acuan yang sesuai


Resepi kastart
 
500ml susu segar
100 gram gula
50 gram tepung jagung
1/2  garam
1 biji telur boleh kalu tak isi

Asam pedas

 Salam sayang semua... pagi -pagi ni kak liza nak tunjuk asam pedas ikan mayong.  Kak liza dibesarkan di Johor emak dan abah berasal dari Terengganu.  Sejak abah meninggal tinggallah emas kat Johor keseorangan.  Kami adik beradi ada balik tapi jarang-jarang.  Antara lauk kegemaran kami sekeluarga asam pedas.  kalu kat kampung senanglah nak cari ikan sembilang ker... ikan daun baharu ker.  Tapi tan tanjong Malim ni ikan air tawar jelah kot yang sesuai.
Ikan yang kak liza guna ikan Mayong.  Masyaallah susuah sungguh nak hilangkan hanyir ikan ni.  Sunggu kalu nak masak asam pedas gunalah ikan alin.  Ikan ni berana tanah.






Untuk resepini kak Liza rujuk blog mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3ketul  ikan, kerat dan cuci bersih, toskan
1 biji tomato, belah 4
5 biji kacang bendi
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR :-)
6 biji bawang merah
 2 ulas bawang putih
 1 inci kunyit hidup
 1/2 inci halia
 Sedikit hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisarhalus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau perlahan dan tambah jus asam jawa. Masuk daun kesom, kacang bendi dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan2 dan biar mendidih hingga kacang bendi lembut. Akhir sekali masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah asam pedas. Hidangkan..

Thursday 25 February 2016

Tepung Kapur

 Salam sayang semua...
Dulu-dulu kalu emak suruh buat tepung kapur saya mesti pergi cari daun sipo. Resepi  saya guna dari sini Malaysian Food Channel

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka
  • sesudu kapur makan
  • garam secukup rasa
  • kelapa parut

Cara-cara

  1. masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap.
  2. masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit - sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa - biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam.
  3. tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega.
  4. kukus dalam masa 30 - 45 minit.
  5. bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan.
  6. kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut.
  7. dah siap, boleh la makan.

Tuesday 23 February 2016

croissant

Salam sayang semua..
Atas permintaan seorang sahabat nak belajar buat croissant.  Dengan rujukan mr. google dan beberapa buku terhasil lah croissant.





Croissant
250g Tepung high protein
15g   susu tepung
½ tsp bread improver
½ tsp Cream of tartar
60g  gula
½ tsp   garam
1 biji telur B
200g air
15g yeast
50g butter
250 pastri margerin


Cara-cara
. Masukkan semua bahan kecuali * kedalam mixer dan pukul   
  sehingga menjadi doh.
. Rehat doh 15 hingga 30 minit. 
Canai doh sehinggga ½ inci
 letakkan pasrti margerin dan tutup.
  gunakan tangan dan jadikan ia pemanjang.
  Canaikan sehingga 6mm
  Lipat menjadi 4 bahagian.
Simpan dalam peti sejuk.
Canaikan sehingga 4 mm. Lipat menjadi 4 bahagian.
Simpan dalam peti ais selam 3 minit
.canaikan dan lipat menjadi  3 bahagian. ( simpan dalan freezer 10-15 minit)
Canaikan menjadi 2 mm-.   Bentukkan .


Monday 22 February 2016

Karipap pusing

 Hai.. salam sayang
Karipap pusing... kalu orang suruh saya buat sungguh taknak buatdah ...
renyah cerewet leceh dan banyk lagi...
Saya ambik resepi kat sini dapur periuk tanah.
Memang tabiklah siapa yang boleh sabar buat karipap ni.  Ada juga jual yang segera ...  Intinya saya ikut cara



Ni resepinyer
Bahan-bahan:

Doh A:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin
1 sudu teh garam
1/2 cawan - 3/4 cawan air sejuk dari peti ais

Doh B:

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan margerin

Cara membuatnya:

1. Masukkan Bahan doh A ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul ramas macam buat karipap biasa hingga jadi serbuk. Tambahkan air sedikit-demi sedikit hingga adunan menjadi doh lembut dan licin.

2. Bahagikan kepada 4/6/ 8 bahagian. K.An buat waktu malam dan dah mengantuk, jadi K.An bahagikan 4 je... (jumlah pembahagian ini menentukan saiz karipap tau... K.An punya karipap saiz harga 50 sen.

3. Masukkan pula bahan Doh B ke dalam mangkuk berasingan. Uli hingga jadi doh licin. Bahagikan juga seperti Doh A (4/6/8 bahagian)

Untuk step seterusnyer silaler berkunjung ke dapur periuk tanah.

Sunday 21 February 2016

Cucur Pisang

Hai... salam sayang semua...
Bila sebut pisang saya terbayang goreng pisang, pisang salai, pengat pisang, lepat pisang naga sari,gulai pisang, pisang sira, kek pisang,  pisang kaki.
Dulu masa kecik-kecik pokok pisang bersepah dibelakang rumah. Macam-macam jenis ada. ada pisang tanduk, pisang raja, pisang boyang, pisang mas dan banyak lagi... pernah makan acar pisang?  banyak pula saya bercerita biasanya saya malas.




Resepi Cucur pisang aka cok kodok.
5 biji pisang masak ranum
2 sudu gula
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
tepung secukupnyer
Cara:
Hancurkan pisang isi semua bahan.. masukkan tepung sikit sikit jangan terlalu pekat.  Gukan hujung jari untuk cucurkan kedalam minyak yang telah panas.

Ubi Rebus


 Bila hujan ingat ubi rebus dengan air kopi.  Anak -anak tak suka ubi rebus.  Ipar yang beli dan rebus sauya penumpang ajer.  Ubi ni sedap dimakan bersama kelapa parut dan ikan masin.  Bagi saya ikan bilis gorengpun sudah memadai.

Ubi Rebus
Bahan-bahan
1 kg ubi kayu
1 biji kelapa parut
2 ekor ikan gelama masin
cara
Ubi di kupas dan direbus hingga empuk.
Hidangkan bersama ikan masin dan kelapa parut
Jagan lupa air kopi

Wednesday 17 February 2016

Snow cheese kek.. kek serabai

 Hai salam sayang semua.
Bila sebut snow cheese cake terbayang keju yang berterabur.  Ada orang tanya kek ni jer yang ada .. saya boleh buat kek yang lain sama jer macam orang lain.  Tapi yang ni berbeza sikit dari orang lain.





Jom kita cuba buat kek ni
Resepi ni saya dah ubah suai dari resepi masa kelas.
1 biji sponge cake perasa vanila.. aper-apr pun boleh
200 ml whipping crem
200g gula halus
250 g cream cheese
200g ceddar cheese parut

cara
- belah kek kepada 3 bahagian
- satukan whipping cream gula dan cream cheese
- parut ceddar
-sapukan cream dan tabur ceddar di setiap lapisan.
- di luar kek pun sapu dan taburkan cheese
selamat mencuba...