Showing posts with label kuih talam. Show all posts
Showing posts with label kuih talam. Show all posts

Sunday, 13 December 2015

Seri Muka Gula Merah




Salam sayang pengunjung blog saya... hampir setahun saya menyepi.  Bukan sibuk tapi tak suka nak buka laptop.  Kelahiran sicomel membuatkan saya semangat untuk berblog. Tiada banyak cerita yang hendak dikongsi tetapi just nak kongsi resepi jer...

SERI MUKA GULA MERAH
Resepi asal: Chef Asma

Lapisan bawah
500g pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam
cara-cara
1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam
2. kukus bersama bahan diatas dalam loyang lain selama 30 minit
3.  Gaul sebati bila masak dan tekan dalam loyang 10x10 inch yang dialas dengan plastik 16x16 inch

Lapisan atas
(a)
200g gula melaka
50g gula merah
50g gula kastor
500ml air
(b)
150g tepung gandum
3 biji telur
250ml santan
1/2 tsp garam

cara-cara
1. panaskan (a) sehingga hancur gula
2. masukkan kedalam bahan (b) kacau rata dan tapis
3.masak campuran diatas sehingga naik wap
4.Tuang ke atas pulut dan kukus 30 minit.

Bagi memudahkan anda mengangarkan santan, beli santan kotak 200ml .. 100ml untuk pulut dan bakinya untuk lapisan atas.
Untuk lapisan atas saya guna 250g gula merah dan 50g gula pasir.
Untuk buat 1/2 adunan boleh guna loyang 8x8 inch atau diameter 9 inch.

Selamat mencuba  


Monday, 31 March 2014

Kuih Puteri Ayu



 Puteri Ayu Gebu
Kuih tanjong malim,kuih behhrang
p



Hai pembaca...
Godek -godek jumpa resepi yang senang ler.. guna gram.. jenuh gak jika guna cawan tak confidence takut yang bagi resepi guna cawan yang bukan metrik.  Kuih ni memang sedap dengan syarat kita kena guna santan fresh, pandan daun yer..

Resepinya; ( untuk 40 biji)
4 biji telur gred B
280g gula
2 tea spoon ovellate
250 ml santan + air daun pandan
*250g tepung gandum
*1 tea spoon baking powder

^Bahagian bawah  (satukan )
1 1/2 cawan kelapa parut
1 tea spoon tepung jagung
garam secukupnya


Cara-cara
Tekan ^ pada dasar acuan. Sapu minyak pada acuan. Pukul telur, gula dan ovellate hingga kembang.  Jangan lebih pukul cukup sekadar kembang.  Jika lebih kembang bekas tak cukup dan melekat pada acuan.  Masukkan santan dan berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder.Masukkan dalam acuan dan kukus 10minit pada api yang sederhana.

KUIH TALAM

Mentalam  Selepas 2 tahun Belajar Dengan Cheff Asma
Hai pengunjung semua....
Kat sini saya nak berkongsi gambar jer.. anda boleh mengunjung blok kak yati (Sinar Kehidupanku) yang rajin buat talam untuk dapatkan resepi atau  Klik Sini
Talam Mutiara

Siap potong


Talam Suji

Talam Bakar nyona
Bukan taknak kongsi resepi cuma nak bagi lawat blog kak yati jer...tanjong malim,behrang

Wednesday, 18 September 2013

Jentik Manis

Rasa lemak jerr

Lembut

Namp[ak cantik tapi anak-anak tak suka
Hai semuya...
Kat sisni nak sertakan resepi ....
Bahan : 
100 gr sagu
50 gr tepung hunkwee 
100 gr gula pasir 
500 ml santan 
1/4 sdt vanila
1/4 sdt garam
 Cara Membuat :  Rebus sagu sampai  jernih, angkat dan cuci , tos.  Cairkan hunkwe dg sebagian santan,  Rebus baki santan dg garam sampai mendidih, masukan adunan tepung hunkwe, kacau, masukan vanila dan gula , Masukan sagu bewarna. masukkan dalam acuan