Showing posts with label kek tanjong malim. Show all posts
Showing posts with label kek tanjong malim. Show all posts

Thursday, 17 April 2014

KEK BUAH BAKAR

Kek buah nampak isi dalam

kek Buah yang disalut
Salam sayang semua....bila dapat call dari kawan nak kek mesti nak segera so kek segeralah... kek buah bakar total masa siap cuma 2 jam saja.. so pukul 5.00 am bangun boleh letak icing.  Resepinya saya ambil kat sini . Terima kasih empunya blok... selamatkan keadaan

 Kek Buah Bakar
Bahan A :-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix (k.gee guna raisin dan buah ceri jer)
1 cwn air

Masak semua bahan di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut.. aku bg raisin n sultanas tu agak kembang.. then ketepikan.. sejukkan.. tunggu 3-4 jam.

Bahan B :-

2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn je.. bancuh ikut sedap rasa..)


Bila bahan A agak sejuk.. masukkan telur kacau rata.. masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.. bubuh sekali jus oren.. kacau rata..

Kemudian tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau lapik baking paper.. bakar dalam oven suhu 180 celcius lebih kurang 1 jam.

Tuesday, 8 April 2014

Kek buah

kek buah
Salam sayang semua...kek buah ni ikut resepi mat gebu...cuma saya ubah caranya ... saya masukkan buah diakhir sekali.  Kalu gula hangus tu berketul biarkan sebab dia akan cair bila kita kukus nanti

Sumber: mat gebu
Kek Buah Kukus
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai...
 selamat mencuba

Sunday, 28 April 2013

RED VELVET

Dalam proses melepa

jenjeng.... dah siap
Resepi ni belajar dengan kak zu.. semanis gula
5 biji telur 
250 gram mentega 
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko powder
2 cawan gula kastor 
4 sudu makan pewarna Red Bright 
cawan buttermilk 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil  cuka makan

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula hingga kembang
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji
5. Dalam mangkuk buttermilk campurkan pewarna merah dan kacau sebati.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Pukul hingga kembang dan ringan. 
6. Larutkan baking powder dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak

saya gunakan butter cream untuk melepa.....
resepinya:
200g cream well
100g butter
100g gula 
perasa oren
cara
satukan semua bahan dan pukul hingga kembang