Tuesday 28 February 2012

DISLEKSIA


Apa itu desleksia
Ia bukan penyakit tetapi istilah untuk masalah pembelajaran.  Saya mempunyai dua orang anak. Abang dan adik... beza umur mereka 2 tahun.  Pengalaman mempunyai anak diumur 30 tahun mungkin satu kelebihan,  saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.  Saya banyak membaca tentang perkembangan bayi sejak dalam kandungan lagi. Si abang mempunyai memang baik sejak bayi.. pengasuh yang puji.  Dia boleh duduk diam  sambil memusingkan benda yang berpusing berjam-jam lamanya.  Tak banyak kerenah, tapi jika hendakkan sesuatu dia akan minta sampai dapat.  Bila dibandingkan dengan kanak-kanak lain dia memang lambat. Bercakap lambat, berjalan lambat, makan bersuap sampai umur 5 tahun.  Pada umur 6 tahun secara tidak sengaja berjumpa dengan seorang yang pandai 'melihat'. Dia berpesan jangan marah si abang dia lambat sikit ... dia ada disleksia.  Patutlah dia tak pandai pakai kasut, selipar pun pakai terbalik.  Saya mula mencari dan membaca dan saya membawa jumpa pakar untuk pengesahan. Ya! si abang disahkan ada disleksia.
Mengapa saya berkongsi masalah ini?
Saya ingin menyatakan bahawa:
Tak semua perkembangan kanak-kanak sama. Bila kita tahu dia siapa kita boleh menerangkan kepada ahli keluarga kita... tak derlah deme kutuk jer anak kiter.. sebab kanak -kanak disleksia ada dunia mereka sendiri orang lain tak leh join..kita boleh berbincang dengan guru .. yang anak kita memang lambat, jangan paksa dia untuk melakukan sesuatu di luar kemampu mereka, beri mereka peluang.  Mereka akan nornal bila tiba masanya yang penting sokongan dan sayang kita tak der beza dengan anak yang lain.
Buat kad ni bukan nak sahkan si abang OKU tapi kita guna bila dia nak ambik peperiksaan nanti







1 comment: