  | 
| kek buah | 
Salam sayang semua...kek buah ni ikut resepi mat gebu...cuma saya ubah caranya ... saya masukkan buah diakhir sekali.  Kalu gula hangus tu berketul biarkan sebab dia akan cair bila kita kukus nanti
Sumber: 
mat gebu
Kek Buah Kukus
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum
*
1 camca teh sodium bicarbonate
*
1 camca teh cream of tartar
*(
*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna
 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Didihkan air dalam kukusan. 
Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar
 tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul 
bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan 
gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, 
gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak 
berterabur. Ketepikan.
 
- Putar mentega bersama gula halus hingga 
kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu.  
Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada 
kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga 
rata dan matikan mixer.
 
- Masak gula pasir tadi dengan api 
sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar
 coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar 
rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan 
merbahaya.
 
- Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam 
gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat 
kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air 
dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air 
sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus 
dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai...
 
 selamat mencuba