Sunday 27 April 2014

Piping Jelly




  Hai .... dahlah lama tak menngaler seronok juga...petuanya jangan lukis gambar kecil nanti susah nak buat detailingnya




Dora tak leh tunjuk perut dan lutut aurat......
Hello kitty










Thursday 17 April 2014

KEK BUAH BAKAR

Kek buah nampak isi dalam

kek Buah yang disalut
Salam sayang semua....bila dapat call dari kawan nak kek mesti nak segera so kek segeralah... kek buah bakar total masa siap cuma 2 jam saja.. so pukul 5.00 am bangun boleh letak icing.  Resepinya saya ambil kat sini . Terima kasih empunya blok... selamatkan keadaan

 Kek Buah Bakar
Bahan A :-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix (k.gee guna raisin dan buah ceri jer)
1 cwn air

Masak semua bahan di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut.. aku bg raisin n sultanas tu agak kembang.. then ketepikan.. sejukkan.. tunggu 3-4 jam.

Bahan B :-

2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn je.. bancuh ikut sedap rasa..)


Bila bahan A agak sejuk.. masukkan telur kacau rata.. masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.. bubuh sekali jus oren.. kacau rata..

Kemudian tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau lapik baking paper.. bakar dalam oven suhu 180 celcius lebih kurang 1 jam.

Tuesday 8 April 2014

Puding Raja

Puding Raja
Salam Sayang semua...
Untuk kenduri opah saya hadiahkan puding raja.. dia kata nak yang pisang ada kacang tapi sebenarnya boleh hias dengan buah koktail.

sumber ; sendiri

*1 kg pisang emas yang masih hijau tapi lembut ( hampir masak)
*1 biji kuning telur
  *Goreng
segenggam biji gajus goreng

Kuah
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji kuning telur
1 tin air
3 sudu makan gula

cara
- satukan bahan kuah - masak atas api -jagan lama.

Satukan semua bahan - hidangkan

Kuih Puteri Ayu

Salam Sayang semua....
Kali ni saya buat kuih puteri ayu gula merah bahannya sama jer dengan yang pandan...

Sumber : Opah

Bahan-bahan
Bahan A
*250g tepung gandum
150g gula pasir
150g gula merah- masak bersana 50ml air biar sejuk tapis
200ml santan pekat
4 biji telur
2tsp ovallate
*1tsp baking powder
1/2 tsp esen vanila
* ayak
 bahan B
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1 tsp tepung jagung
 Cara:
1. satukan bahan B dan tekan dalam acuan, sapukan  minyak pada acuan.
2. Pukul telur , gula pasir dan ovallate sampai kembang-jangan terlebih pukul
3. masukkan gula merah santan berselang dengan tepung jangan lupa esen vanila, mungkin akan bau telur kalu tak isi.
4. kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

selamat mencuba





Kek buah

kek buah
Salam sayang semua...kek buah ni ikut resepi mat gebu...cuma saya ubah caranya ... saya masukkan buah diakhir sekali.  Kalu gula hangus tu berketul biarkan sebab dia akan cair bila kita kukus nanti

Sumber: mat gebu
Kek Buah Kukus
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai...
 selamat mencuba