Wednesday, 10 April 2013

BAGAIMANA NAK JUAL KEK HARI-HARI

KEK COKLAT INDULGENCE

BUN PELBAGAI RASA

BUN BERSAIZ KECIL

SNOW CHEESE KEK

KEK INDULGENCE
PANDAN LAYER


cara -cara:
Anda mungkin ingin menjual kek hari -hari tetapi pelanggan anda masih belum ramai.  Antara perkara yang saya lakukan ialah:
1. buat kek saiz normal contoh untuk bulat guna diameter 9 inch jika 4 segi guna 8inch x 8 inch
2. potong kek kepada 4 atau 6 bahagian letaklah harga yang berpatutan
3. Jika bun pula kecilkan saiz - jual pada harga RM1.++
4. berzikirlah ingatlah Allah- amalkan 100x sehari



Tuesday, 9 April 2013

KEK CAROT WALNUT MOIST

bakar dalam dua loyang agar kekal lembabnya

hias ikut keativiti anda


salut semua ....



Bakar dalam 2 loyang
kek potong

Resepi kek carot
sumber: Intan berlian
2 cawan   tepung serba guna
1 1/2  sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cinnamon powder -letak jika tak der pantang
4 biji telur
1 1/2 cawan (300gm) gula halus - kurangkan jika anda pengidap diabetes
1 cawan (240ml) minyak sayur/minyak jagung- minyak masak pun boleh
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren - letak jika ada
1 cawan (100gm) walnut (dibakar & dicincang) 
2 1/2 cawan  carrot  diparut

cara-cara
Satukan bahan kering: ayak
pukul dengan wisk telur dan minyak, masukkan bahan kering dan masukkan bahan yang terringgal ...
bakar dalam 2 loyang pada suhu 180 celcius. dah berbau angkat, hias bila sejuk....

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:


250gm cream cheese
125gm butter
120g gula icing


CARA-CARANYA:


 Masukkan semua bahan diatas- pukul hingga kembang

ROYAL CAREMEL

KEK ROYAL CAREMEL
Kek yang comel ini dalamnya adalah walnut chocolate cake yang sungguh istimewa
belahan kek



kalu nak belajar dialualukan.....

Sunday, 10 June 2012

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

ini rupa yang belum potong

RED VELVET

red velvet .....
untuk kawan kat opis .. rozi ..selamat hari jadi
bahan penting yang membuatkan kek red velvet tidak sama dengan yang lain
ke karemel yang telah di sambar ....
kek yang sesuai untuk majlis yang jelas
Jika anda ingin merasa kek ini sila hubungi saya...
red velvet yang jelas

Ada banyak resepi red velvet yang boleh anda ikuti- yang ni saya dah ubah suai ....
BAHAN-BAHANNYA:

Red Velvet Cake

180gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (125gm) unsalted butter
200gm gula -
3 biji telur
240 buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking powder


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan sampai pekat - lebih 30mint




Cream cheese frosting: 

RESEPI 1 ( aku ikut resepi yang ini)
250gm cream cheese
125gm butter
120gm gula ising


CARA-CARANYA:

preheat oven: 180 c

1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit. Sejukkan

6) Hiaslah ikut kretiviti anda