Wednesday, 10 April 2013

BAGAIMANA NAK JUAL KEK HARI-HARI

KEK COKLAT INDULGENCE

BUN PELBAGAI RASA

BUN BERSAIZ KECIL

SNOW CHEESE KEK

KEK INDULGENCE
PANDAN LAYER


cara -cara:
Anda mungkin ingin menjual kek hari -hari tetapi pelanggan anda masih belum ramai.  Antara perkara yang saya lakukan ialah:
1. buat kek saiz normal contoh untuk bulat guna diameter 9 inch jika 4 segi guna 8inch x 8 inch
2. potong kek kepada 4 atau 6 bahagian letaklah harga yang berpatutan
3. Jika bun pula kecilkan saiz - jual pada harga RM1.++
4. berzikirlah ingatlah Allah- amalkan 100x sehari



Tuesday, 9 April 2013

KEK CAROT WALNUT MOIST

bakar dalam dua loyang agar kekal lembabnya

hias ikut keativiti anda


salut semua ....



Bakar dalam 2 loyang
kek potong

Resepi kek carot
sumber: Intan berlian
2 cawan   tepung serba guna
1 1/2  sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cinnamon powder -letak jika tak der pantang
4 biji telur
1 1/2 cawan (300gm) gula halus - kurangkan jika anda pengidap diabetes
1 cawan (240ml) minyak sayur/minyak jagung- minyak masak pun boleh
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren - letak jika ada
1 cawan (100gm) walnut (dibakar & dicincang) 
2 1/2 cawan  carrot  diparut

cara-cara
Satukan bahan kering: ayak
pukul dengan wisk telur dan minyak, masukkan bahan kering dan masukkan bahan yang terringgal ...
bakar dalam 2 loyang pada suhu 180 celcius. dah berbau angkat, hias bila sejuk....

RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:


250gm cream cheese
125gm butter
120g gula icing


CARA-CARANYA:


 Masukkan semua bahan diatas- pukul hingga kembang

ROYAL CAREMEL

KEK ROYAL CAREMEL
Kek yang comel ini dalamnya adalah walnut chocolate cake yang sungguh istimewa
belahan kek



kalu nak belajar dialualukan.....

Sunday, 10 June 2012

RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE

ini rupa yang belum potong

RED VELVET

red velvet .....
untuk kawan kat opis .. rozi ..selamat hari jadi
bahan penting yang membuatkan kek red velvet tidak sama dengan yang lain
ke karemel yang telah di sambar ....
kek yang sesuai untuk majlis yang jelas
Jika anda ingin merasa kek ini sila hubungi saya...
red velvet yang jelas

Ada banyak resepi red velvet yang boleh anda ikuti- yang ni saya dah ubah suai ....
BAHAN-BAHANNYA:

Red Velvet Cake

180gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (125gm) unsalted butter
200gm gula -
3 biji telur
240 buttermilk
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking powder


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan sampai pekat - lebih 30mint




Cream cheese frosting: 

RESEPI 1 ( aku ikut resepi yang ini)
250gm cream cheese
125gm butter
120gm gula ising


CARA-CARANYA:

preheat oven: 180 c

1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit. Sejukkan

6) Hiaslah ikut kretiviti anda



Friday, 30 March 2012

kek

kek coklat moist

Pandan Layer ( Dia 9 "x 3 " @ 8"x 8" x3")

Kek colat bersalut krim

pandan layer

Friday, 16 March 2012

ish sibuk betul

Litar pnumatik

Litar elekto pnumatik ... kawan (rozi ) yang pasang

Kajian yang jadi rujukan.
Hari ini sempat nak berblog.... bukan sibuk pun tapi saya kurang mahir mengurus masa ... kek tetap terjual namun nak memasak aduh... susahnya nak ... dapur dah lama beku.  Kepala saya berserabut macam litar pnuematik. Sambil tu nak siapkan kajian -kajian yang belum tau lagi bila nak siap... waaa masak lagi senang ikut jer resepi pasti jadi.



Saturday, 3 March 2012

Koktail Mudah

 
Semalam ada kawan nak singgah rumah, maklumlah rumah tepi highway, senang nak cari dan senag nak singgah. Dia dah pesan jangan masak, saya memang lurus bendul, tak masak.  Fikir-fikir baik buat koktel mudah dan senang...
Resepi
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
4 sudu gula ( ikut manis)
2 litter air masak
3 cawan ais kiub
sebungkus sumi jelli (ada Halal Malaysia)
Cara
Satukan dalam semua dalam bekas yang sesuai -sedia untuk dihidang
selamat mencuba

Tuesday, 28 February 2012

DISLEKSIA


Apa itu desleksia
Ia bukan penyakit tetapi istilah untuk masalah pembelajaran.  Saya mempunyai dua orang anak. Abang dan adik... beza umur mereka 2 tahun.  Pengalaman mempunyai anak diumur 30 tahun mungkin satu kelebihan,  saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.  Saya banyak membaca tentang perkembangan bayi sejak dalam kandungan lagi. Si abang mempunyai memang baik sejak bayi.. pengasuh yang puji.  Dia boleh duduk diam  sambil memusingkan benda yang berpusing berjam-jam lamanya.  Tak banyak kerenah, tapi jika hendakkan sesuatu dia akan minta sampai dapat.  Bila dibandingkan dengan kanak-kanak lain dia memang lambat. Bercakap lambat, berjalan lambat, makan bersuap sampai umur 5 tahun.  Pada umur 6 tahun secara tidak sengaja berjumpa dengan seorang yang pandai 'melihat'. Dia berpesan jangan marah si abang dia lambat sikit ... dia ada disleksia.  Patutlah dia tak pandai pakai kasut, selipar pun pakai terbalik.  Saya mula mencari dan membaca dan saya membawa jumpa pakar untuk pengesahan. Ya! si abang disahkan ada disleksia.
Mengapa saya berkongsi masalah ini?
Saya ingin menyatakan bahawa:
Tak semua perkembangan kanak-kanak sama. Bila kita tahu dia siapa kita boleh menerangkan kepada ahli keluarga kita... tak derlah deme kutuk jer anak kiter.. sebab kanak -kanak disleksia ada dunia mereka sendiri orang lain tak leh join..kita boleh berbincang dengan guru .. yang anak kita memang lambat, jangan paksa dia untuk melakukan sesuatu di luar kemampu mereka, beri mereka peluang.  Mereka akan nornal bila tiba masanya yang penting sokongan dan sayang kita tak der beza dengan anak yang lain.
Buat kad ni bukan nak sahkan si abang OKU tapi kita guna bila dia nak ambik peperiksaan nanti







Monday, 27 February 2012

Snow Cheese Cake





versi ni untuk jual



Semalam bila buka peti ais banyak keju lgi kejunya... hasilnya kek snow cheese.
Resepi...
1 biji sponge cake perasa vanila.. aper-apr pun boleh
200 ml whipping crem
200g gula halus
250 g cream cheese
200g ceddar cheese parut

cara
- belah kek kepada 3 bahagian
- satukan whipping cream gula dan cream cheese
- parut ceddar
-sapukan cream dan tabur ceddar di setiap lapisan.
- di luar kek pun sapu dan taburkan cheese
selamat mencuba...
kalu tak menjadi kenalah berguru....
kalu malas nak belijer lah boleh oder
dah siap potong untuk jual

Wednesday, 22 February 2012

CUP CAKE SENANG MUDAH RINGKAS


Minggu lepas saya ada menyiapkan cup cake sebanyak 562 biji. Masalah yang timbul adalah orang yang tempah nak harga RM 0.90 sebiji . Cari -cari  jumpa satu entri yang ada resepi yang sedap dah lupa pulak nama entri tu.. maaf lah tuan punya resepi saya cuba cari tapi dah tak jumpa .... saya ubah sikit resepi yang asal. Kek ni agak lembab memang sedap....terima kasih tuan punya resepi ni... untuk menyiapkan tempahan saya telah gunakan hampir 10 kg tepung ,9 kg gula 5 kg minyak 2kg coklat powder... yang lain boleh kira sendirilah

Cup Cake Coklat
250g tepung gandum
1 tsp baking soda
1.5 tsp baking powder
50g coco powder
1.5 cawan air suam
1/4 tsp garam
2 biji telur
1/2 cawan minyak makan
120 g susu pekat manis
210g gula halus
Cara:
Ayak bahan kering - dalam bekas lain satukan bahan basah, masukkan 1/2  cawan air, masukkan bahan yang diayak sebatikan. Akhir sekali masukkan baki air  1 cawan tu...
Masukkan dalam cawan kertas hampir penuh supaya nanti masak merekah lah sikit .
Selamat mencuba...
* Kalu banyak tempahan gunalah sekilo tepung @ darap 4 untuk setiap bahan.

Sunday, 19 February 2012

Cheese cake

Hai, jumpa lagi pembaca yang sudi buka blog saya hari ini saya nak memaparkan rupa rupa cheese kek yang boleh saya buat serta dengan harganya kalu nak tempah bolehlah call saya 012-2672853
Kek Coklat Lapis keju-

Snow cheese cake-

Butter cheese cake

Chilled cheese cake

Tiramitsu- boleh pilih perasa

indulgent cake-



brownies cheese-


Sunday, 12 February 2012

Kek lagi

kek yang ditempah kak awi


Resepi kek butter yang diubah suai dari chef lin

Kek Butter
Bahan-bahan
250g butter/marjerin
230 gula castor
2 tsp ovelate
4 biji telur
270g tepung kek
1 tsp baking powder
60g susu pekat

Cara-cara
1.       Ayak tepung dan baking powder.
2.       Putar gula, ovelate dan butter hingga kembang.
3.       Masukkan telur sebiji demi sebiji
4.       Masukkan susu dan tepung sikit –sikit –kaup dengan spatula
5.    Tuangkan dalam Loyang – bakar pada suhu1800C -1 jam



Thursday, 9 February 2012

Quicne Lorraine & Tat Buah

Quicne Lorraine &  Tat Buah
Quicne Lorraine ni ada mix vegi dan ada letak tomato pury

Quicne Lorraine yang ni plain ajer

Tat buah yang menyelerakan
Tadi baru ajer habis mengajor kekawan memasak, mereka sangat-sangat bergembira menyudahkan masakan mereka, kelas yang bermula pukul 12.00pm dan siap kul 3.00pm tadi. kalu ada masa saya akan uploadkan resepi.

Friday, 3 February 2012

kek lagi

kek coklat moist berben10..600g RM25.00

Harini ku gagahkan diri untuk siapkan tempahan...wau dah siap lega