Sunday, 27 April 2014

Piping Jelly




  Hai .... dahlah lama tak menngaler seronok juga...petuanya jangan lukis gambar kecil nanti susah nak buat detailingnya




Dora tak leh tunjuk perut dan lutut aurat......
Hello kitty










Thursday, 17 April 2014

KEK BUAH BAKAR

Kek buah nampak isi dalam

kek Buah yang disalut
Salam sayang semua....bila dapat call dari kawan nak kek mesti nak segera so kek segeralah... kek buah bakar total masa siap cuma 2 jam saja.. so pukul 5.00 am bangun boleh letak icing.  Resepinya saya ambil kat sini . Terima kasih empunya blok... selamatkan keadaan

 Kek Buah Bakar
Bahan A :-

250g butter
380g susu pekat manis
400g fruit mix (k.gee guna raisin dan buah ceri jer)
1 cwn air

Masak semua bahan di atas api sederhana sampai butter dan susu pekat larut.. aku bg raisin n sultanas tu agak kembang.. then ketepikan.. sejukkan.. tunggu 3-4 jam.

Bahan B :-

2 biji telur
380g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/2 cwn jus oren sunquick (jadikan 1/2 cwn je.. bancuh ikut sedap rasa..)


Bila bahan A agak sejuk.. masukkan telur kacau rata.. masukkan tepung + baking powder + soda bikarbonat sedikt demi sedikit.. kacau rata.. bubuh sekali jus oren.. kacau rata..

Kemudian tuang ke dalam loyang yg telah digriskan dengan butter atau lapik baking paper.. bakar dalam oven suhu 180 celcius lebih kurang 1 jam.

Tuesday, 8 April 2014

Puding Raja

Puding Raja
Salam Sayang semua...
Untuk kenduri opah saya hadiahkan puding raja.. dia kata nak yang pisang ada kacang tapi sebenarnya boleh hias dengan buah koktail.

sumber ; sendiri

*1 kg pisang emas yang masih hijau tapi lembut ( hampir masak)
*1 biji kuning telur
  *Goreng
segenggam biji gajus goreng

Kuah
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 biji kuning telur
1 tin air
3 sudu makan gula

cara
- satukan bahan kuah - masak atas api -jagan lama.

Satukan semua bahan - hidangkan

Kuih Puteri Ayu

Salam Sayang semua....
Kali ni saya buat kuih puteri ayu gula merah bahannya sama jer dengan yang pandan...

Sumber : Opah

Bahan-bahan
Bahan A
*250g tepung gandum
150g gula pasir
150g gula merah- masak bersana 50ml air biar sejuk tapis
200ml santan pekat
4 biji telur
2tsp ovallate
*1tsp baking powder
1/2 tsp esen vanila
* ayak
 bahan B
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
1 tsp tepung jagung
 Cara:
1. satukan bahan B dan tekan dalam acuan, sapukan  minyak pada acuan.
2. Pukul telur , gula pasir dan ovallate sampai kembang-jangan terlebih pukul
3. masukkan gula merah santan berselang dengan tepung jangan lupa esen vanila, mungkin akan bau telur kalu tak isi.
4. kukus selama 10 minit dengan api sederhana.

selamat mencuba





Kek buah

kek buah
Salam sayang semua...kek buah ni ikut resepi mat gebu...cuma saya ubah caranya ... saya masukkan buah diakhir sekali.  Kalu gula hangus tu berketul biarkan sebab dia akan cair bila kita kukus nanti

Sumber: mat gebu
Kek Buah Kukus
BAHAN-BAHANNYA :-)
375 g buah2an campuran (mix fruit)
250 g mentega 
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula kastor (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)
1 biji pala, diparut (nutmeg)
Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didihkan air dalam kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Tepung digaul bersama cream of tartar, soda bicarbonate dan ayak. Parut biji pala dan gaul rata. Masukkan buah2an campuran dan badan keping ke dalam tepung, gaul rata. Ini bertujuan mengelakkan buah2an tadi mendak dan tidak berterabur. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga gebu. Jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Putar rata. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung + buah2an campuran tadi, gaul hingga rata dan matikan mixer.
  3. Masak gula pasir tadi dengan api sederhana hingga menjadi karamel, terus mengacau hingga karemal bertukar coklat keemasan. Tuang dalam adunan kek tadi dan on kan mixer, putar rata. Berhati2 ketika memasak dan menuang gula hangus kerana panas dan merbahaya.
  4. Alih adunan ke dalam tin, susun ceri seperti dalam gambar, jika suka. Tutup dengan aluminium foil, kemaskan dan ikat kelilingnya dengan tali rafia. Kukus 4 jam. Lepas sejam, periksa air dalam kukusan, tambah menggunakan air panas juga, jangan guna air sejuk!.. Bila masak keluarkan kek dan biar sejuk sepenuhnya. Bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam bekas sesuai...
 selamat mencuba

Monday, 31 March 2014

Kuih Puteri Ayu



 Puteri Ayu Gebu
Kuih tanjong malim,kuih behhrang
p



Hai pembaca...
Godek -godek jumpa resepi yang senang ler.. guna gram.. jenuh gak jika guna cawan tak confidence takut yang bagi resepi guna cawan yang bukan metrik.  Kuih ni memang sedap dengan syarat kita kena guna santan fresh, pandan daun yer..

Resepinya; ( untuk 40 biji)
4 biji telur gred B
280g gula
2 tea spoon ovellate
250 ml santan + air daun pandan
*250g tepung gandum
*1 tea spoon baking powder

^Bahagian bawah  (satukan )
1 1/2 cawan kelapa parut
1 tea spoon tepung jagung
garam secukupnya


Cara-cara
Tekan ^ pada dasar acuan. Sapu minyak pada acuan. Pukul telur, gula dan ovellate hingga kembang.  Jangan lebih pukul cukup sekadar kembang.  Jika lebih kembang bekas tak cukup dan melekat pada acuan.  Masukkan santan dan berselang seli dengan tepung yang telah diayak bersama baking powder.Masukkan dalam acuan dan kukus 10minit pada api yang sederhana.

KEK COKLAT

Berozet




Diluar butter cream kat dalam kek sponge... nati saya post resepi nya..

KUIH TALAM

Mentalam  Selepas 2 tahun Belajar Dengan Cheff Asma
Hai pengunjung semua....
Kat sini saya nak berkongsi gambar jer.. anda boleh mengunjung blok kak yati (Sinar Kehidupanku) yang rajin buat talam untuk dapatkan resepi atau  Klik Sini
Talam Mutiara

Siap potong


Talam Suji

Talam Bakar nyona
Bukan taknak kongsi resepi cuma nak bagi lawat blog kak yati jer...tanjong malim,behrang

Monday, 30 September 2013

kelas Tart

Ita dan tart

Tart keju , ayam dan quiche

Tart keju yang berongga di dalam

Tart telur, dan tart buah
Kelas tart ini telah dijalankan pada 28 Sept 2013.. ita dari gedansa memang nak kelas personal senang katanya ..hari tu dia belajar tart buah, keju, telur ayam , coklat dan quiche...6 jenis semua nya lebih kurang 3 jam..

Wednesday, 18 September 2013

Jentik Manis

Rasa lemak jerr

Lembut

Namp[ak cantik tapi anak-anak tak suka
Hai semuya...
Kat sisni nak sertakan resepi ....
Bahan : 
100 gr sagu
50 gr tepung hunkwee 
100 gr gula pasir 
500 ml santan 
1/4 sdt vanila
1/4 sdt garam
 Cara Membuat :  Rebus sagu sampai  jernih, angkat dan cuci , tos.  Cairkan hunkwe dg sebagian santan,  Rebus baki santan dg garam sampai mendidih, masukan adunan tepung hunkwe, kacau, masukan vanila dan gula , Masukan sagu bewarna. masukkan dalam acuan

Apam Merekah sengih

Perasa coklat

Peresa Oren dan Pandan

Sengeh....

Versi Kecil

Terbelah 4


Semua Sengih
Hai ... Kali ini saya nak kongsi apam merekah yang pasti meekah... ini kali ke sepuluh,,, saya mencari mengapa selama ini tak jadi boleh merekah bila dah masuk kukus batch kedua jadi keras...
Kat sini saya tempek serepi yang menjadi tu...

Apam Sengih
250 Tepung Gandum
200g Gula Kastor
2 biji telur
1 sudu teh ovellate
180g air
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh vanila

Cara-cara
Sediakan pengukus dan bekas acuan... saya guna paper cup saiz 8.  Acuan  luar pula saya guna acuan aluminum foil jer... Pukul telur, gula  dan  ovellate hingga kembang ( warna putih, bila tunggang tak tumpah).  Masukkan air dan tepung, susu esen vanila dan pukul sehingga kembang macam kita buat  kek sponge.  Sekiranya masih cair tambahlah sedikit tepung pukul sehingga bila kita angkat pemukul tu kita boleh tinggalkan kesan .. masukkan adunan dalam acuan dan kukus selama 10 minit... saya tak balut pun periuk kukus tu ..jangan buka periuk kukus sehingga sampai waktunya.Saya yakin anda akan dapat apam yang sangat menarik.



Tart telur

Yang ini kali ke empat buat baru ada rupa

Bahagian yang sedap...

Add caption

Resepi dari buku... My Tart Heart


Hai pembaca blog ....
Kali ini saya berjaya membuat tart yang mazelus sedapnya.. selepas menggugle say jumpa kenapa tart saya tak jadi....kat sini saya sertakan resepi kulit yang sedap

Resepi Kulit Tart
 Sumber: Buku kat atas nanti nak pastikan nama buku tu....
250g Tepung Gamdum ( dadukan)
170g Butter
40g Telur
15g susu tepung
1/2 susu teh esen vanila
Campurkan semua uli sampai semua tak melekat kat tangan jika gak lembik tambah tepung sikit.
bolehlah masukkan dalam acuan yang sesuai

Untuk Filling guna resepi kat atas...
Satukan semua bahan kat atas dan simpan dalam perti ais 30minit... tuang dalam kulit yang belum bakar tu..
Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama boleh masak.. selamat mencuba
hasil tart cheese yang pertama

resepinya akan diupload nanti

.



Wednesday, 19 June 2013

Kelas masakan

KELAS KEK ASAS

23 Jan 2013 - jam 9.00pagi (ahad) - 4 orang saja peserta

RM 100.00 seorang

Belajar dengan cara buat sendiri ( hans on) dan demo

 1.  Kek Sponge

 2. Chocolate Moist Cake

 3.  Kek Carot Walnut Moist - salut cheese

 4.  Kek Coklat Moist Kukus

 5.  Kek Pisang Moist

 6.  Kek Butter

 7. mendekorasi kek - semua peserta akan menghias sebiji kek....

anda akan membawa pulang kek yang telah dipelajari ...

call atau sms kak liza : 012-2672853

 

kek sponge dan dihias

kek kukus coklat moist

kek pisang

kek butter

kek carot walnut

kek coklat moist

 
Kelas Asas Kek :Ziana, Zulaika dan kak Munirah 21 Sept 2013