Diet Kenyang
Hi sayang mengunjung blok kak liza kak berkurun tak update blog ni . Namun di hati masih ada hati nak memblog. Mulai tahun 2019 ni kak liza nekad nak sihat nak lepas bebaskan diri dari belengu cucuk insulin. Sudah 12 tahun kak liza mengidap kencing manis. kak liza kak kesal kak liza yakin ada hikmah disebalik kurnian tuhan ni. Sudah 3 tahun kak liza hidaup bersama ubat dan imsulin. syukur masih hidup dan kenyal juga hati dan telinga dengan doktor nasihat.
Sudah masuk minggu kedua kak liza menjalini diet kenyang banyak rintang yang dilalui , alhamdulillah hari ini bertahan dirt. tak makan nasi. Sekarang ni kak liza makan sayur dan buah jer. Inyaallah sihat tiada lagi makanan di proses..
jom tengok resepi lunch kak liza semalam
Salad sawi putih
Sawi putih
dada ayam
daun sup
daun bawang
tomato
daun ketumabar
cili dan kacang
tiada had sukatan kak liza buat sebesen makan sampai kenyang...Banyakkan guna daun herba dan kacang sebagai kabo kita.
Selamat mencuba...
Monday, 7 January 2019
Wednesday, 3 May 2017
Laksa
Salam sayang adik -adik kat pengunjung blog kak liza. Hari ni kak liza nak share resepi laksa kegemaran kak liza. kak liza jer tau bukan family. Dema tak suka laksa kuah tak der santan. Ikut petua orang tua-tua laksa ni tak boleh makan dalam tempoh setahun selepas bersalin atau selepas gigi anak tumbuh. Hehe kak liza tak boleh ikut tak tahan. Dalam tempoh 6 bulan sahaja kak liza dah mula makan tapi tak banyak.
Semasa makan laksa di Perlis... rasa laksatu sangat pekat... sedap kakliza cuba blended bunga kantan bawang dan ikan wau rasanyer hampir sama..
Ni resepi dari kakliza
Sebungkus laksa kering di rebus sehingga lembut
1/2 kg ikan selayang- di rebus ambil isi
secekak daun kesum
4 biji bawang besar
10 biji cili kering
3 keping asam gelugur
3 biji bunga kantan
1 litter air
cara:
kisar isi ikan , bawang dan 2 biji bungan kantan.
masukkan dalam periuk, didih sehingga naik bau masukkan asan dan garam. Bila dah mendidih selama 10 minit boleh hidangkan.
Wednesday, 5 April 2017
Sagu Gula Merah
Salam sayang pengunjung blog kak liza. hari ni kongsi dengan adik -adik pengunjung blog. Memang ada cita- cita nak tangkap gambo cantik-cantik sehingga mengiurkan gitu macam blog ita masam manis. Tak boleh jadi macam ita pun tak mengapa jadi diri sendiri yang bercita-cita nak jadi macam ita. Hehe suka sangat sebab boleh buka blog ita masam manis.
Sagu ni sedap dimakan semasa minum petang dan pada musim panas.
Resepi kak liza ambik kat my kuali
Bahan-bahan ( 6 orang )
Bahan-bahan ( 6 orang )
- Bahan A :
- 2 cawan sagu
- 5 cawan air
- Bahan B :
- 3 cawan santan
- 1/2 cawan gula pasir (kak rose omit this one)
- 1/2 sudu kecil garam
- Bahan C :
- 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
- 1 cawan air
- 1 helai daun pandan
- Cara-cara Adunan A : Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
- Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
- Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.
- Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
- Buang daun pandan dan sejukkan.
- Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
- Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
- Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
- Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.
- Siap untuk dimakan!!!
Tuesday, 28 March 2017
Lempeng Kelapa
Salam sayang .... Kak liza nak pos lepeng kelapa makan dengan kuah kari. Sebab ada kari yang lebih semalam tu yang beria-ria nak buat lempeng. Ish natilah kak liza sambung...
Kek Marble Moist yang Gebu
| Kek baru keluar oven |
Memang gebu
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila
rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau
emulco pilihan anda.
Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.
Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
Wednesday, 13 July 2016
dah sembahyang ke belum
Salam sayang ....semenjak semester bermula kakliza rasa malas nak mengapdete blog. Gambar masak-masak yang ada pun kak liza malas nak upload.
Hari ni rasa nak tulis pasal sembahyang. tulisanni hanya peringatan diri dan untuk cucu yang baca blog ni. Kakliza tertanya-tanya ada segelintir dari kita sentiasa ingat program tv, duduk depan tv on time. Sanggup tinggalkan kerja lain nak tengok siri tv kegemaran. Cerita belum mula dah ada depan tv. Mengapa ada yang sanggup untuk bersedia mengadap tv dari mengadap tuhan. Bagi kakliza tv tu penghibur... boleh tengok kalu ada luang masa. Sambil tengok tv boleh lipat kain, siang ikan bilis, gosok baju, baca buku pun boleh. Tulah istimewanyer perempuan, tiga kerja dalam satu masa: tengok tv ..membebel dan lipat kain. Rasanyer berkisah juga nak menegur sebab yang buat macamni bukan yang berumur 5atau 6 tahun. Yang terlibat ni berumur 50 dan 60 tahun. Tak tegur rasa bersalah nak tegur rasa malu sebab yang buat ni bergelar hajjah dah. Mabrur ker haji mereka? insyaallah. Sepatutnyer pukul 7 dah siap mandi dan bersedia untuk solat maghrib, bukan mengadap tv Cerita di tv habis pukul 8mlm... dah lari dah waktu mghrib tu. Masatulah berkejar nak mandi dan solat ... dah tak pasal kena jamak waktu maghrib dan isyak sebab habis solat maghrib terus jer masuk isyak. Memang kita yang perempuan ni tak payah pergi masjid tapi solat tepat waktunyer adalah lebih baik.
Kalu kita ada uban yang mula tumbuh dengan segarnya di kepala adalah lebih baik kiranyer kita bangun awal solat sunat dan berdoa. Masanilah kita boleh buat sebab anak-anak dah besar logiknyer mereka dah tak mengangis untuk minta susu dan tukar lampin. Cuma yang penting susun tidurtu bagi cantik dan tak mengantuk untuk bertahajjud. Mungkin ada antara kita yang tak boleh kurang tidurnyer jadi tukar waktu tidur ... mungkin pukul 10pm kita dah kena tidur. Pukul 5 am dah boleh bangun dan solat 2 rakaat. Sempat derdoa dan berwirid sebelum subuh. Kita takboleh bangun pukul 5am jika tidur pukul 2am.. tv lagi.. tv tak salah sebab aderjer siaran ulangan. Yang penting kita susun jadual kita nak tv ker nak solat tepat waktu.
Friday, 13 May 2016
Bingka Labu
Salam sayang semua... hari ni kak liza nak kongsi dengan pembaca semua resepi binka labu... nak tunjuk gambar tapi semua gambar goyang..Bila skill ambik gambo nak berjaya ni.
Bila tengok labu teringat nenek kak liza. Dia memeng suka berkebun. Antara pokok yang dia tanam pokok labu. Waktu musim petik labu, hari-hari kak liza makan labu. Pengat labu, bingka labu, sayur lemak labu, sayur labu masak air. Cuma nenek tak boleh buat bingka labu dan pai labu nenek tak der oven. Dalam kepala kak liza berbunga-bunga nak buat pai labu. Tapi asyik bertangguh jer. Dok takut labu kan rosak maka bergegaslah kak liza buat bingka labu.
Memang sedap bingka labuni, tapi kak liza tak boleh makan banyak nati gula dalam darah naik mencanak-canak. Jadi yang banyaknyer bawak ke opis untuk kawan-kawan. Kalu nak cuba ... boleh ler cuma agak banyak hasilnyer, boleh makan untuk 10 orang.
Resepi: Shila Rusly
BINGKA LABU
Bahan-bahanya:
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan
Cara Menyediakan:
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.
Sunday, 3 April 2016
Kari ayam kampung
Salam sayang pembaca semua harini nak kongsi resepi ayam kampung masak kari. Bukan selau masak kari ni sebulan sekali pun susah. Kalu tekak saya ... lebih gemo sup ayam .. atas sebab abang yin suka sangat dengan kari maka ikut jerlah anak nak makan.
kalu nak ikutkan bahan yang ada kat rumah memang tak cukup... halia takder, cili kering tak der..Tapi yang penting ada rempah kari babas. Petua ni saya belajar dari cheff Asma. Untuk masak kari yang penting tumis bawang dan kari pes sehingga menjadi taik itik. Ini memerlukan minyak yang banyak. Tidak mengapa saya akan keluarkan semula minyak tu semua ... saya panggil siring minyak.
Resepi Kari Ayam.
1 ekor ayam- potong suka hati
6 sudu sebuk kari Babas- jadiakan pes
6 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1inci halia-kisar
2 biji kentang
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
sebiji santan kelapa- guna santan kotak pun boleh.
Cara:
Ayam direbus sehingga hampir empuk. Tumis rempah 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan pes kari. Tumis sehingga garing dan pecah minyak - jadi macam taik itik. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam rebus dan masukkan kentang. Masak sehingga daging empuk.
Selamat mencuba
kalu nak ikutkan bahan yang ada kat rumah memang tak cukup... halia takder, cili kering tak der..Tapi yang penting ada rempah kari babas. Petua ni saya belajar dari cheff Asma. Untuk masak kari yang penting tumis bawang dan kari pes sehingga menjadi taik itik. Ini memerlukan minyak yang banyak. Tidak mengapa saya akan keluarkan semula minyak tu semua ... saya panggil siring minyak.
Resepi Kari Ayam.
1 ekor ayam- potong suka hati
6 sudu sebuk kari Babas- jadiakan pes
6 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih-kisar
1inci halia-kisar
2 biji kentang
rempah 4 sekawan
minyak untuk menumis
sebiji santan kelapa- guna santan kotak pun boleh.
Cara:
Ayam direbus sehingga hampir empuk. Tumis rempah 4 sekawan. Masukkan bahan kisar dan pes kari. Tumis sehingga garing dan pecah minyak - jadi macam taik itik. Masukkan ke dalam periuk berisi ayam rebus dan masukkan kentang. Masak sehingga daging empuk.
Selamat mencuba
Wednesday, 23 March 2016
Bila rezeki pergi
Salam sayang pembaca semua....Hari ni cuma nak meluahkan perasaan yang lama berbuku di hati.
Kalu diluah pada orangnyer nanti air mata mengalir dan hati terguris. tapi nak cerita juga. Biar perkara macamni menjadi tauladan untuk kita semua.
Seoarang makcikni kak liza panggil dia makngah. Suami makngah dah 9 tahun meninggal dunia. Beliau menggalkan beberapa ekar kebun yang tak berapa besar. Makngah ada 6 rang anak. Kalu mengikut islam anak-anak makngah berhak keatas kebun tersebut. Memang ada antara anak makngah yang merungut nak tahu berapa sebenarnyer hasil kebun yang makngah dapat setiap kali buah kelapa sawit dipetik. Malah ada antara mereka yang tengok sendiri bil yang mak ngah terima pada cina yang membeli kelapa sawit makngah. Setiap kali anak-anak makngah bali ada saja cerita buatan makngah... ' buah meluruh bulan ni' buah kena curi bulani' ' bulanni guna duit untuk baja dan meracun' anak -anak yang dengar ceritani rasa kesian. Lama kelamaan cerita yang direka rasa tak logik.
Tahun berganti tahun. Pekerja yang bekerja dikebun makngah dah berhenti. Kebun makngah terbiar kira kira setahun. Ada orang yang baik hati nak kerjakan kebun makngah. Dibaja, dibuang daun dan meracun tapi kebun makngah masih tidah berbuah. Sedangkan kebun orang lain berbuah. Kak liza terfikir ada sebab mengapa kelapa sawit makngah tidak berbuah. Kak liza bukan orang berilmu nak huraikan perkara ni. Tapi selepas arwah suami mak ngah meninggal anak-anaknyer tak pernah dapat merasa duit hasil kebun . Walaupun hari raya, anak-anak makngak kena beli sendiri keperluan makan untuk hari raya. Mungkin makngah kena duduk dan berfikir, amanah tuhan yang makngah pegang selamani kemana makngah letak. Sepatutnya lebihan keperluan makngah dari hasil kebun makngah kena bagi kepada anak-anak. anak-anak makngah bukannya orang susah mereka boleh hidup pun. Masing -masing ada kerja malah bergaji BESO pun ada. Bagi kak liza tuhan nak uji sejauh mana jujur dan amanah kita. Tak salah jika makngah kumpul duit lebihan belanja makngah dan tunjuk pada anak-anak setahun sekali. Mungkin duit tu digunakan untuk beli ayam atau daging untuk hari raya. Apa yang penting disini semua orang dapat merasa pusaka tinggalan suami makngah dan berasa gembira. Yang penting jujur dan amanah perlu ditunjukkan kepada anak-anak. Harap suatu hari nanti kebun sawit suami makngah berbuah dengan lebatnyer. Maaf jika makngah yang baca luahan saya ini.
Kalu diluah pada orangnyer nanti air mata mengalir dan hati terguris. tapi nak cerita juga. Biar perkara macamni menjadi tauladan untuk kita semua.
Seoarang makcikni kak liza panggil dia makngah. Suami makngah dah 9 tahun meninggal dunia. Beliau menggalkan beberapa ekar kebun yang tak berapa besar. Makngah ada 6 rang anak. Kalu mengikut islam anak-anak makngah berhak keatas kebun tersebut. Memang ada antara anak makngah yang merungut nak tahu berapa sebenarnyer hasil kebun yang makngah dapat setiap kali buah kelapa sawit dipetik. Malah ada antara mereka yang tengok sendiri bil yang mak ngah terima pada cina yang membeli kelapa sawit makngah. Setiap kali anak-anak makngah bali ada saja cerita buatan makngah... ' buah meluruh bulan ni' buah kena curi bulani' ' bulanni guna duit untuk baja dan meracun' anak -anak yang dengar ceritani rasa kesian. Lama kelamaan cerita yang direka rasa tak logik.
![]() |
| gambar google |
Wednesday, 9 March 2016
Masak lemak petola dengan pucuk
Sakam sayang semua... harini saya rajin meng up date blog. Entah ler ada juga yang komen secara vebal... kak liza dah lam tak up date bolg.... hehe ada juga yang silence reader rupanyer. Bukan nak menunjuk-nunjuk yang kita ni pandai memasak tetapi cuma kalu orang tengok blog kak liza mungkin ada idea nak masak apa hujung minggu ni yer. Masak lemak adalah kegemaran keluarga kak liza. Tak kisahlah lemak apa. Lemak labu lagi mereka suka. Cuma abang yin ajer yang tak suka sayur. Idea masak sayur ni kak liza ambik dari kantin politeknik. Resepi kat bawahtu cara kak liza mungkin adik kak luar sana ada idea sendiri. Yang penting bagi kak liza memasak kena ikhlas dan penuh kasih sayang.
resepi petola masak lemak
1 biji petola sedehana besar dan muda
1 biji karot
1 keping pucuk
sedikit sohunn
1 biji bawang besar
segenggam udang kecil
Santa secawan - kak liza guna santan segar.
cara
masak karot hingga empuk , masukkan petola, sohunn dan pucuk, bawang dan udang. bila dah mendidih masukkan santan yang pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula.
resepi petola masak lemak
1 biji petola sedehana besar dan muda
1 biji karot
1 keping pucuk
sedikit sohunn
1 biji bawang besar
segenggam udang kecil
Santa secawan - kak liza guna santan segar.
cara
masak karot hingga empuk , masukkan petola, sohunn dan pucuk, bawang dan udang. bila dah mendidih masukkan santan yang pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula.
Tart Buah Mangga
Hari ni kak Liza nak kongsi resepi tart buah kali ni kastart yang kak liza pakai guna tepung jagung.
Buah kak liza guna buah mempelam jer... emmm sedapnyer.
250g Tepung Gamdum
170g Butter (dadukan)
40g Telur
15g susu tepung
1/2 susu teh esen vanila
Campurkan semua uli sampai semua tak melekat kat tangan jika gak lembik tambah tepung sikit.
bolehlah masukkan dalam acuan yang sesuai
Resepi kastart
100 gram gula
50 gram tepung jagung
1/2 garam
1 biji telur boleh kalu tak isi
Asam pedas
Salam sayang semua... pagi -pagi ni kak liza nak tunjuk asam pedas ikan mayong. Kak liza dibesarkan di Johor emak dan abah berasal dari Terengganu. Sejak abah meninggal tinggallah emas kat Johor keseorangan. Kami adik beradi ada balik tapi jarang-jarang. Antara lauk kegemaran kami sekeluarga asam pedas. kalu kat kampung senanglah nak cari ikan sembilang ker... ikan daun baharu ker. Tapi tan tanjong Malim ni ikan air tawar jelah kot yang sesuai.
Ikan yang kak liza guna ikan Mayong. Masyaallah susuah sungguh nak hilangkan hanyir ikan ni. Sunggu kalu nak masak asam pedas gunalah ikan alin. Ikan ni berana tanah.
Untuk resepini kak Liza rujuk blog mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3ketul ikan, kerat dan cuci bersih, toskan
1 biji tomato, belah 4
5 biji kacang bendi
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan yang kak liza guna ikan Mayong. Masyaallah susuah sungguh nak hilangkan hanyir ikan ni. Sunggu kalu nak masak asam pedas gunalah ikan alin. Ikan ni berana tanah.
Untuk resepini kak Liza rujuk blog mat gebu.
BAHAN-BAHANNYA :-)
3ketul ikan, kerat dan cuci bersih, toskan
1 biji tomato, belah 4
5 biji kacang bendi
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
1 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR :-)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Sedikit hirisan lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisarhalus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih.
- Masukkan ikan dan bunga kantan. Kacau perlahan dan tambah jus asam jawa. Masuk daun kesom, kacang bendi dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Kacau perlahan2 dan biar mendidih hingga kacang bendi lembut. Akhir sekali masukkan tomato, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar tomato lembut sendiri dalam kuah asam pedas. Hidangkan..
Thursday, 25 February 2016
Tepung Kapur
Salam sayang semua...
Dulu-dulu kalu emak suruh buat tepung kapur saya mesti pergi cari daun sipo. Resepi saya guna dari sini Malaysian Food Channel
Dulu-dulu kalu emak suruh buat tepung kapur saya mesti pergi cari daun sipo. Resepi saya guna dari sini Malaysian Food Channel
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka
- sesudu kapur makan
- garam secukup rasa
- kelapa parut
Cara-cara
- masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap.
- masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit - sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa - biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam.
- tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega.
- kukus dalam masa 30 - 45 minit.
- bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan.
- kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut.
- dah siap, boleh la makan.
Tuesday, 23 February 2016
croissant
Salam sayang semua..
Atas permintaan seorang sahabat nak belajar buat croissant. Dengan rujukan mr. google dan beberapa buku terhasil lah croissant.
Atas permintaan seorang sahabat nak belajar buat croissant. Dengan rujukan mr. google dan beberapa buku terhasil lah croissant.
Croissant
250g Tepung high protein
15g
susu tepung
½ tsp bread improver
½ tsp Cream of tartar
60g
gula
½ tsp garam
1 biji telur B
200g air
15g yeast
50g butter
250 pastri margerin
Cara-cara
. Masukkan semua bahan kecuali *
kedalam mixer dan pukul
sehingga menjadi doh.
. Rehat doh 15 hingga 30 minit.
Canai doh sehinggga ½ inci
letakkan pasrti margerin dan tutup.
gunakan tangan dan jadikan ia
pemanjang.
Canaikan sehingga 6mm
Lipat menjadi 4 bahagian.
Simpan dalam peti sejuk.
Canaikan sehingga 4 mm. Lipat menjadi
4 bahagian.
Simpan dalam peti ais selam 3 minit
.canaikan dan lipat menjadi 3 bahagian. ( simpan dalan freezer 10-15
minit)
Canaikan menjadi 2 mm-.
Bentukkan
.
Subscribe to:
Posts (Atom)


