Saturday 13 April 2013

pau lembut dan gebu

Resepi pau (tepung hong kong)- Puan ani kedai 2020
450 gm special pow flour (Hong Kong) saya guna tepong blue key
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan
Bahan B:
300 gm special pow flour (Hong Kong)
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double action baking powder (for pau)
1 tsp bread softener
Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate
Sedikit garam
Bahan D:
Inti - ikut citarasa sendiri

Cara-cara

  1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30 minit (doh akan mengembang).
  2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4 pusingan).
  3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
  5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
  6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
  7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan api sederhana).
  8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek, terus disimpan sejuk-beku.
  9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api sederhana).
  10. Ikut kata Pn Ani, elok gunakan double action baking powder yang khas untuk buat pau.. memang ada tulis "(pow)" @ "(pau)". Sebelum buat, puas cari, tak jumpa.. saya guna double action baking powder yang biasa tu je.. alhamdulillah, pau tetap gebu..

No comments:

Post a Comment